
JERUDONG, Thursday, 12 March 2026 – In embracing the spiritual values and blessings of the holy month of Ramadan, the Ministry of Defence organised the
Sentuhan Kasih Ramadan Ceremony to honour 173 orphans from among the Ministry's personnel and staff. Of this number, 115 are orphans from military families, while another 58 are from civilian families. The ceremony was held simultaneously at
Dewan Al-Barakah, Parkview Hotel, Jerudong, as the main event, while the same ceremony also took place at
Dewan Nikmat, Penanjong Garrison.
Present at
Dewan Al-Barakah, Parkview Hotel, Jerudong, were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II and his spouse, Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.
Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and spouse; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, and senior leadership of the Ministry of Defence.
Meanwhile, at
Dewan Nikmat, Penanjong Garrison, the donations were presented by Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif
bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF and spouse. Also present was Yang Mulia Poh Kui Choon, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with the recitation of
Surah Yassin,
Tahlil, and
Doa Arwah, led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Japar, Acting Director from the Religious Directorate of RBAF (JAMA'AT). The ceremony then continued with the presentation of donations to the orphans, followed by the breaking of the fast.
The contributions were made possible through the RBAF Welfare Fund, the RBAF
Infaq Fund, the RBAF Wives Welfare Association (BAKTI) as well as donations from Ministry of Defence personnel and staff, in addition to collections from RBAF suraus. The total amount of donations collected this year
amounted to BND$63,400.00, which is hoped will help ease the burden of the orphans and bring joy as they prepare for the upcoming Hari Raya Aidilfitri.
The annual
Sentuhan Kasih Ramadan Ceremony reflects the Ministry of Defence's continued appreciation for the service and sacrifice of its personnel who have returned to the mercy of Allah, while strengthening unity and collective care for the welfare of the families they left behind.















KEMENTERIAN PERTAHANAN SANTUNI 173 ANAK YATIM DALAM MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADAN
JERUDONG, Khamis, 12 Mac 2026 – Dalam menghayati nilai-nilai kerohanian serta keberkatan bulan suci Ramadan, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sentuhan Kasih Ramadan bagi menyantuni seramai 173 orang anak yatim dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan. Daripada jumlah tersebut, 115 orang merupakan anak yatim daripada keluarga warga tentera manakala 58 orang lagi daripada keluarga warga awam. Majlis berkenaan diadakan secara serentak di Dewan Al-Barakah,
Parkview Hotel, Jerudong sebagai tumpuan majlis, manakala majlis yang sama turut berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
Hadir di Dewan Al-Barakah,
Parkview Hotel, Jerudong ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II bersama isteri, Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.
Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan isteri; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, dan barisan kepimpinan kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Manakala di Dewan Nikmat, Penanjong Garison, sumbangan telah di sampaikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB dan isteri. Turut hadir ialah Yang Mulia Poh Kui Choon, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan bacaan Doa Arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, dan diikuti dengan bersungkai.
Sumbangan tersebut diperoleh melalui Tabung Kebajikan ABDB, Tabung Infaq ABDB, Persatuan Kebajikan Isteri (BAKTI) ABDB, serta sumbangan daripada anggota dan warga Kementerian Pertahanan, di samping kutipan derma daripada surau-surau ABDB. Hasil kutipan derma yang berjaya dikumpulkan pada tahun ini berjumlah
BND$63,400.00, dan diharapkan dapat membantu meringankan beban anak-anak yatim serta menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Majlis tahunan Sentuhan Kasih Ramadan mencerminkan penghargaan berterusan Kementerian Pertahanan terhadap jasa dan pengorbanan warga yang telah kembali ke rahmatullah, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjaga kebajikan keluarga yang ditinggalkan.