
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 February 2026 – The Government of the French Republic has conferred the National Defence Medal (Gold Grade) upon senior leaders of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The award presentation ceremony was held at the official residence of Her Excellency Eve Lubin, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of France to Brunei Darussalam. The ceremony was officiated by Her Excellency, who presented the medals to the recipients on behalf of the President of the French Republic.
The recipients of the National Defence Medal (Gold Grade) are Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF; and Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander RBAF.
The National Defence Medal (Gold Grade) (Médaille de la Défense nationale – Échelon Or) is a prestigious military decoration of the French Republic, awarded to French and foreign military personnel who have demonstrated exceptional service and made significant contributions in support of France's defence interests, including the advancement of international defence cooperation.
The award reflects the French Government's recognition of the recipients' leadership, professionalism, and sustained engagement in strengthening bilateral defence relations, as well as their commitment to promoting military collaboration, mutual trust, and institutional cooperation between the armed forces of Brunei Darussalam and France.
The Ministry of Defence conveys its sincere congratulations to the recipients on this distinguished recognition and reaffirms its appreciation for the continued defence partnership and friendship between Brunei Darussalam and the French Republic.


REPUBLIK PERANCIS MENGANUGERAHKAN
NATIONAL DEFENCE MEDAL
(GOLD GRADE) KEPADA KEPIMPINAN KANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Februari 2026 - Kerajaan Republik Perancis telah menganugerahkan
National Defence Medal (Gold Grade) kepada kepimpinan kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan di kediaman rasmi Puan Yang Terutama Eve Lubin, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Yang Terutama, yang menyampaikan pingat berkenaan kepada para penerima bagi pihak Presiden Republik Perancis.
Penerima
National Defence Medal (Gold Grade) tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB.
National Defence Medal (Gold Grade) (Médaille de la Défense nationale – Échelon Or) merupakan satu anugerah ketenteraan berprestij Republik Perancis, yang dianugerahkan kepada anggota tentera Perancis dan asing yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang serta memberikan sumbangan signifikan dalam menyokong kepentingan pertahanan Perancis, termasuk dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan antarabangsa.
Penganugerahan ini mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Perancis terhadap kepimpinan, profesionalisme serta penglibatan berterusan para penerima dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala, di samping komitmen mereka dalam memajukan kerjasama ketenteraan, kesalingpercayaan serta kerjasama institusi antara angkatan bersenjata Negara Brunei Darussalam dan Republik Perancis.
Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima atas pengiktirafan berprestij ini serta menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama dan persahabatan pertahanan yang berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Perancis.