Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HELD A RECITATION OF SURAH YASSIN AND TAHLIL FUNCTION AT THE ROYAL MAUSOLEUM


BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 11 March 2026 – The Ministry of Defence this afternoon held a recitation of Surah Yassin and Tahlil function in remembrance of the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum.

Leading the Ministry of Defence delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Also in attendance were members of the Defence Executive Committee, members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Executive Committee, as well as officers and personnel from the Ministry of Defence.

The recitation of Surah Yassin and Tahlil was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.

This annual religious event forms part of the Ministry of Defence's Ihya' Ramadan Programme aimed at enlivening the blessed month of Ramadan, alongside various other religious activities held throughout the month.










KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mac 2026 – Kementerian Pertahanan petang ini telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yassin dan Tahlil, khusus bagi memperingati paduka-paduka ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang berlangsung di Kubah Makam Diraja.

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Pertahanan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, serta pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.

Bacaan Surah Yassin dan Tahlil telah dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikut dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis keagamaan tahunan ini merupakan sebahagian daripada Program Ihya' Ramadan Kementerian Pertahanan bagi mengimarahkan lagi bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan, disamping pelbagai kegiatan keagamaan lain yang dilaksanakan sepanjang bulan tersebut.​


Attachments