
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 04 March 2026 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a farewell call from Captain Hugues Canuel, Royal Canadian Navy (RCN), Defence Adviser of Canada to Singapore and Non-Resident Defence Adviser to Brunei Darussalam, at the Ministry of Defence, Brunei Darussalam.
Captain Canuel has served as the Non-Resident Defence Adviser accredited to Brunei Darussalam since August 2022. He was accompanied by Commander Lee Atkinson, Assistant Defence Adviser.
The farewell call marked the conclusion of Captain Canuel's tenure in his capacity as Non-Resident Defence Adviser to Brunei Darussalam. During the meeting, both sides reaffirmed the cordial and constructive defence relations between the Royal Brunei Armed Forces and the Canadian Armed Forces, underscoring the importance of sustained engagement in strengthening mutual understanding, professionalism, and cooperation.
Discussions highlighted ongoing and potential areas of collaboration, including professional military exchanges, multilateral defence engagements, and interactions within ASEAN-led defence frameworks. Both sides acknowledged Canada's active participation in regional security initiatives and its continued engagement with ASEAN defence mechanisms.
The Commander of the RBAF expressed appreciation for Captain Canuel's contributions over the past years in fostering closer defence ties between Brunei Darussalam and Canada, and conveyed best wishes for his future endeavours. The Royal Brunei Armed Forces remains committed to further enhancing defence cooperation with Canada based on mutual respect, shared interests, and a common commitment to regional peace and stability.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN KANADA
BOLKIAH GARISON, Rabu, 04 Mac 2026 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima kunjungan perpisahan daripada Kepten Hugues Canuel, Royal Canadian Navy (RCN), Penasihat Pertahanan Kanada ke Singapura dan Penasihat Pertahanan Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, bertempat di Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Kepten Canuel telah berkhidmat sebagai Penasihat Pertahanan Tidak Menetap yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam sejak Ogos 2022. Beliau turut diiringi oleh Commander Lee Atkinson, Penolong Penasihat Pertahanan.
Kunjungan perpisahan ini menandakan berakhirnya tempoh perkhidmatan Kepten Canuel dalam kapasiti tersebut. Semasa pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak mengesahkan hubungan pertahanan yang baik dan konstruktif antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Kanada, serta menekankan kepentingan penglibatan berterusan dalam memperkukuh persefahaman, profesionalisme dan kerjasama.
Perbincangan turut menyentuh bidang-bidang kerjasama semasa dan potensi masa hadapan termasuk pertukaran ketenteraan profesional, penglibatan pertahanan pelbagai hala serta interaksi dalam kerangka pertahanan yang diterajui ASEAN. Kedua-dua pihak juga mengiktiraf penyertaan aktif Kanada dalam inisiatif keselamatan serantau dan penglibatannya dalam mekanisme pertahanan ASEAN.
Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan atas sumbangan Kepten Canuel sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam mempereratkan hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada serta menyampaikan ucapan selamat maju jaya dalam penugasan seterusnya. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kekal komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dengan Kanada berlandaskan saling menghormati, kepentingan bersama dan komitmen terhadap keamanan dan kestabilan serantau.