Skip Ribbon Commands
Skip to main content
APPOINTMENT CEREMONY OF OFFICER CADETS OF INTAKE 25, OFFICER CADET SCHOOL, DEFENCE ACADEMY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES


​TANAH JAMBU, Thursday, 12 March 2026 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, a total of 98 Probationary Officer Cadets were officially appointed as Officer Cadets. The Appointment Ceremony was held at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampong Tanah Jambu.​

Present as the Guest of Honour and awarding the insignias was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were members of the RBAF Executive Committee, Directors, senior officers, Defence Advisers from Malaysia, and the Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam, as well as the parents and family members of the newly appointed Officer Cadets.

Out of the total number, 73 are male and 23 are female, who were selected through the Armed Forces Commissioning Board (AFCB) and reported to the Officer Cadet School on 2 February 2026. This intake also includes two International Officer Cadets from Malaysia and the Kingdom of Thailand.

Over the past six weeks, the Officer Cadets underwent Basic Military Training consisting of drills, physical fitness, field craft, weapons handling, battlefield first aid, map reading, leadership and management, as well as other related training.

The Officer Cadets will now undergo 42 weeks of more rigorous and intensive training programme designed to develop them into highly capable officers with strong leadership, character and knowledgeable.

The ceremony concluded with the recital of Doa led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by the signing of the parchment and a group photo session.









MAJLIS PELANTIKAN PEGAWAI KADET  PENGAMBILAN KE-25, SEKOLAHPEGAWAI KADET, AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

TANAH JAMBU, Khamis, 12 Mac 2026 Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 98 Pegawai Kadet Percubaan secara rasminya telah dilantik sebagai Pegawai Kadet. Majlis Pelantikan tersebut telah berlangsung di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan lencana pangkat pelantikan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Penasihat-penasihat Pertahanan dari Malaysia dan Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam, serta ibu bapa dan ahli keluarga Pegawai-Pegawai Kadet yang baru dilantik.

Daripada jumlah tersebut, 73 orang lelaki dan 23 orang wanita, yang telah dipilih melalui Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan melapor diri di Sekolah Pegawai Kadet pada 2 Februari 2026. Pengambilan kali ini turut melibatkan dua orang Pegawai Kadet Antarabangsa masing-masing daripada Malaysia dan Kerajaan Thailand.

Sepanjang enam minggu yang lalu, Pegawai-Pegawai Kadet telah menjalani Latihan Ketenteraan Asas yang merangkumi latihan kawad, kecergasan fizikal, field craft, pengendalian senjata, pertolongan cemas, membaca peta, kepimpinan dan pengurusan, serta latihan-latihan lain yang berkaitan.

Seterusnya, Pegawai-Pegawai Kadet akan meneruskan latihan yang lebih mencabar dan intensif selama 42 minggu, yang bertujuan membentuk dan memperkembangkan mereka untuk menjadi pegawai yang berkualiti dari segi kepimpinan, kewibawaan dan pengetahuan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan penandatangan lembaran kenangan serta sesi bergambar ramai.


Attachments