Skip Ribbon Commands
Skip to main content
KHATAM AL-QURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 42ND NATIONAL DAY OF BRUNEI DARUSSALAM


TEMBURONG, Tuesday, 10 March 2026 - A Khatam Al-Quran Ceremony, marking the completion of the recitation of the Holy Quran 42 times, in conjunction with Brunei Darussalam's 42nd National Day Celebration for the year 2026, was held simultaneously across all four districts of the country.

Present as the Guest of Honour to grace the ceremony held at Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie Mosque, Temburong District was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by the Commander of the RBAF, followed by the Khatam Al-Quran recitation, Takhtim and Doa Khatam. The ceremony then continued with the Dikir Marhaban and concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.

This ceremony was organiszd to further enliven Brunei Darussalam's 42nd National Day celebration, particularly as part of the religious programmes aimed at seeking blessings for the occasion.. This year's National Day celebration is observed with great enthusiasm, especially as it coincides with the holy month of Ramadan, a time filled with blessings, mercy and forgiveness.






MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42 TAHUN

TEMBURONG, Selasa, 10 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran sebanyak 42 kali sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42 bagi tahun 2026 telah dilaksanakan secara serentak di keempat-empat daerah di seluruh negara.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rataie, Daerah Temburong ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Pemerintah ABDB, diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran, Takhtim dan Doa Khatam. Majlis kemudiannya disusuli dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, khususnya sebagai sebahagian daripada perisian keagamaan dalam meraih keberkatan sambutan tersebut. Pada tahun ini, Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam disambut dengan penuh kemeriahan, lebih-lebih lagi bertepatan dengan bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan dan keampunan.


Attachments