Skip Ribbon Commands
Skip to main content
WELFARE CONTRIBUTIONS EXTENDED TO CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS OF ROYAL BRUNEI ARMED FORCES PERSONNEL


BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 8 March 2026 – In conjunction with the holy month of Ramadan 1447H, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) continued to demonstrate its care and concern for children with special needs of RBAF personnel by organising donation ceremonies at several locations.

At the main venue, the ceremony commenced with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by Selawat Syifa and Doa Selamat, led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). This was followed by the presentation of donations by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, and spouse, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, President of the RBAF Wives Welfare Association (BAKTI), to 54 children with special needs of RBAF personnel at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison.

Meanwhile, a total of 271 children with special needs of RBAF personnel from the Brunei-Muara District received donations presented by Senior Officers of the RBAF at several locations within RBAF camps, namely by Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF, at the Ceremonial Hall, Defence Academy; Yang Mulia Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), at the Officers' Mess, Berakas Garrison; Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), at Samudera Hall, Muara Naval Base; and Yang Mulia Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), at Punai Hall, Rimba Air Force Base.

Additionally, 44 recipients from the Tutong District received their donations presented by Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF, at the Officers' Mess, Tutong Camp. Six recipients from the Temburong District received their donations presented by Yang Mulia Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of the RBLF, at Ad-Dhuha Hall, Bangar Camp, while six recipients from the Belait District received their donations presented by Yang Mulia Captain Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN, Deputy Commander of the RBN, at the Officers' Mess, Lumut Camp.

The donations were provided in the form of cash contributions amounting to BND114,100.00 from the RBAF Welfare Fund and BND16,300.00 from RBAF BAKTI.

This annual community initiative reflects the RBAF's care and commitment in supporting the welfare of children with special needs of RBAF personnel and their families.


Mess Pegawai, Bolkiah Garison


Dewan Istiadat Akademi Pertahanan ABDB​


Mess Pegawai, Berakas Garison


Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara​


Dewan Punai Pengkalan Tentera Udara Rimba


Mess Pegawai Perkhemahan Tutong


Dewan Ad-Dhuha, Perkhemahan Bangar 


Mess Pegawai, Perkhemahan Lumut​


SUMBANGAN KEBAJIKAN DISALURKAN KEPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA WARGA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Mac 2026 – Bersempena bulan suci Ramadan 1447H, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus menzahirkan keprihatinan terhadap anak-anak istimewa warga ABDB dengan menganjurkan majlis penyampaian sumbangan di beberapa lokasi yang berasingan.

Di lokasi utama, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Selawat Syifa serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, dan isteri, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Isteri (BAKTI) ABDB, kepada 54 orang anak-anak istimewa warga ABDB bertempat di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

Sementara itu, seramai 271 orang anak-anak istimewa warga ABDB dari Daerah Brunei dan Muara telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan ABDB di beberapa lokasi dalam perkhemahan ABDB, iaitu oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan; Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di Mes Pegawai Berakas Garison; Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di Dewan Samudera, Pangkalan Muara Tentera Laut; serta Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Manakala, seramai 44 orang penerima dari Daerah Tutong menerima sumbangan yang disampaikan oleh Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, di Mes Pegawai Perkhemahan Tutong. Enam orang penerima dari Daerah Temburong pula menerima sumbangan yang disampaikan oleh Yang Mulia Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB, di Dewan Ad-Dhuha, Perkhemahan Bangar, manakala enam orang penerima dari Daerah Belait menerima sumbangan yang disampaikan oleh Yang Mulia Kepten Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB, di Mes Pegawai Perkhemahan Lumut.

Sumbangan telah disalurkan dalam bentuk kutipan tunai, sebanyak BND114,100.00 daripada Dana Kebajikan ABDB dan BND16,300.00 daripada BAKTI ABDB.

Inisiatif kemasyarakatan tahunan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen ABDB dalam membantu serta menyokong kebajikan anak-anak istimewa warga ABDB dan keluarga mereka.​


Attachments