BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 05 November 2025 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam received an official visit from His Excellency General Sahir Shamshad Mirza, Chairman Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC), Pakistan Armed Forces, this morning.
Upon arrival at Bolkiah Garrison, His Excellency was welcomed by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and was accorded a General Salute followed by an inspection of the Guard of Honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF).
His Excellency General Sahir Shamshad Mirza, Chairman Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC), Pakistan Armed Forces, then made a Goodwill Call on the Commander of the RBAF, during which both sides reaffirmed the longstanding friendship and defence cooperation between both armed forces, particularly in the areas of training, professional exchanges, and capacity building.
His Excellency General Sahir Shamshad Mirza, later paid a Courtesy Call on Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. During the call, both sides acknowledged the close and enduring defence relations between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan, which were further enhanced through the conduct of the 7th Joint Defence Working Committee (JDWC) Meeting held in Brunei Darussalam on 14 October 2025. Yang Berhormat Pehin also underscored the importance of sustaining the momentum of defence cooperation between both countries and expressed hope that the RBAF and the Pakistan Armed Forces will continue to strengthen their close and longstanding ties.
During his stay in Brunei Darussalam, His Excellency is also scheduled to visit several units under the RBAF, as well as cultural and historical sites of Brunei Darussalam.
His Excellency General Sahir Shamshad Mirza, Chairman Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC), Pakistan Armed Forces, is in Brunei Darussalam from 03 to 06 November 2025.









LAWATAN PENGENALAN PENGERUSI JAWATANKUASA KETUA-KETUA TURUS BERSAMA, ANGKATAN TENTERA PAKISTAN KE KEMENTERIAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 05 November 2025 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menerima lawatan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Jeneral Sahir Shamshad Mirza, Pengerusi Jawatankuasa Ketua-Ketua Turus Bersama, Angkatan Tentera Pakistan, pagi ini.
Tuan Yang Terutama telah disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan seterusnya menerima Tabik Hormat diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Tuan Yang Terutama Jeneral Sahir Shamshad Mirza, Pengerusi Jawatankuasa Ketua-Ketua Turus Bersama, Angkatan Tentera Pakistan, kemudiannya mengadakan Kunjungan Muhibah kepada Pemerintah ABDB, di mana kedua-dua pihak telah menzahirkan penghargaan terhadap hubungan persahabatan dan kerjasama pertahanan yang sekian lama terjalin antara kedua-dua angkatan tentera, khususnya dalam bidang latihan, perkongsian profesional serta pembangunan kapasiti.
Tuan Yang Terutama Jeneral Sahir Shamshad Mirza kemudiannya telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengiktiraf hubungan pertahanan yang rapat dan berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan, yang telah diperkukuhkan lagi melalui pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama kali ke-7 yang telah berlangsung di Negara Brunei Darussalam pada 14 Oktober 2025. Yang Berhormat Pehin turut menekankan kepentingan untuk meneruskan momentum kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara dan menzahirkan harapan agar ABDB dan Angkatan Tentera Pakistan akan terus memperkukuh hubungan erat yang sedia terjalin.
Sepanjang berada di Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama juga dijadualkan mengunjungi beberapa unit di bawah ABDB serta melawat pusat-pusat kebudayaan dan tempat-tempat bersejarah di negara ini.
Tuan Yang Terutama Jeneral Sahir Shamshad Mirza, Pengerusi Jawatankuasa Ketua-Ketua Turus Bersama, Angkatan Tentera Pakistan, berada di Negara Brunei Darussalam dari 03 hingga 06 November 2025.