Skip Ribbon Commands
Skip to main content
NATIONAL FLAG HOISTING CEREMONY TO MARK HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM 79th BIRTHDAY CELEBRATION


​​​​​BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 1 July 2025 – The National Flag hoisting ceremony to mark the commencement of nationwide celebrations for the 79th birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam took place today at the vicinity of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex's open area in the capital. 

A total of 20 Royal Brunei Navy (RBN) personnel led by Yang Mulia Lieutenant Junior Grade Mohamad Syazwan Adillah bin Haji Mahri, RBN marched in to receive the National Flag from the Guest of Honour, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Minister of Home Affairs. 

The National Flag hoisting ceremony marks the beginning for citizens and residents of Brunei Darussalam to hoist the national flag at their respective residences, and in all public and private premises nationwide reflecting their commitment, patriotism, loyalty and strengthens the love for the monarch and country. 







UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 79 TAHUN 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Julai 2025 – Upacara menaikkan Bendera Kebangsaan bagi menandakan permulaan sambutan peringkat kebangsaan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 79 tahun telah berlangsung pagi ini di kawasan lapang berdekatan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Ibu Negara. 

Seramai 20 anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Madya Mohamad Syazwan Adillah bin Haji Mahri, TLDB telah berbaris masuk untuk menerima Bendera Kebangsaan daripada Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Upacara menaikkan Bendera Kebangsaan ini menandakan permulaan bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk mengibarkan bendera di kediaman masing-masing serta di semua premis awam dan swasta di seluruh negara sebagai lambang komitmen, semangat patriotik, kesetiaan serta menzahirkan kasih sayang kepada raja dan negara. ​


Attachments