TANAH JAMBU, Friday, 06 June 2025 – The Ministry of Defence held the Takbir Raya Aidiladha 1446 Hijrah/2025 Masihi at Surau Asy-Syuhada, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) with similar events held simultaneously at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF)
suraus, including at Pulau Baru-Baru Mosque.
Present at the event was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (R) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohammad Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; members of the RBAF Executive Committee, officers and personnel of the Ministry of Defence.
The event commenced with a mass Fardhu Isyak prayer led by Yang Mulia Imam Pengiran Mohammad Khairuddin bin Pengiran Muhammad Yussof, Imam of Surau Asy-Syuhada. This was followed by
Hari Raya Takbir and a
Tazkirah titled “Gema Takbir” delivered by Yang Mulia Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Religious Officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The event concluded with
Doa ‘Allah Peliharakan Sultan’ and Negara Brunei Darussalam.
This annual event serves as a platform for the Ministry of Defence to enliven the spirit of
Hari Raya Aidiladha by encouraging the recitation of Takbir and performing recommended acts of worship as a means of expressing gratitude for all the blessings of Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu


Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau RPD Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1446 HIJRAH/2025 MASIHI
TANAH JAMBU, Jumaat, 06 Jun 2025 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Malam Takbir sempena ketibaan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi ini di Surau Asy-Syuhada, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), dengan acara serupa diadakan serentak di semua surau ABDB termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohammad Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB; pegawai-pegawai serta anggota-anggota Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Pengiran Mohammad Khairuddin bin Pengiran Muhammad Yussof, Imam Surau Asy-Syuhada. Majlis disusuli dengan laungan Takbir Hari Raya dan diikuti dengan sebuah tazkirah bertajuk
"Gema Takbir" disampaikan oleh Ustaz Mohammad Fahmi bin Haji Matnor, Pegawai Ugama daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini merupakan acara tahunan Kementerian Pertahanan sebagai wadah bagi sama-sama menyemarakkan Hari Raya Aidiladha melalui memperbanyakkan laungan Takbir serta melakukan ibadah-ibadah sunat dalam menzahirkan rasa syukur di atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.