Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER AT THE PRIME MINISTER’S OFFICE AND MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES FAREWELL CALL FROM THE HIGH COMMISSIONER OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF BANGLADESH


PRIME MINISTER’S OFFICE, Wednesday, 31 July 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II received a Farewell Call from Her Excellency Nahida Rahman Shumona, the High Commissioner of the People’s Republic of Bangladesh to Brunei Darussalam, today. 

During the call, the Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II expressed appreciation to Her Excellency for her commitment and contribution as High Commissioner of the People’s Republic of Bangladesh to Brunei Darussalam since 8 March 2021, highlighting her relentless efforts towards enhancing the bilateral relations between Brunei Darussalam and the People’s Republic of Bangladesh.  

Brunei Darussalam and the People’s Republic of Bangladesh established diplomatic relations on 5 May 1984, and this year marks the 40th anniversary of the diplomatic ties, symbolising a significant milestone in the bilateral relationship. 






MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH

JABATAN PERDANA MENTERI, Rabu, 31 Julai 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah menerima Kunjungan Perpisahan daripada Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona, Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II merakamkan penghargaan kepada Puan Yang Terutama di atas komitmen dan sumbangan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam semenjak 8 Mac 2021, terutama usaha beliau dalam mempertingkatkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Bangladesh.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Bangladesh menjalinkan hubungan diplomatik pada 5 Mei 1984, dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, yang melambangkan pencapaian penting di dalam hubungan dua hala kedua-dua buah negara.

Attachments