Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
DEPUTY MINISTER OF DEFENCE RECEIVES AN INTRODUCTORY CALL FROM NEW ZEALAND DEFENCE ADVISER ACCREDITED TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Thursday, 23 June 2022 –Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received an introductory call from Colonel Peter Davis Hall, Defence Adviser of New Zealand accredited to Brunei Darussalam this afternoon.

During the call, both sides reaffirmed the friendly defence relationship between Brunei Darussalam and New Zealand, built through various defence and military interactions including exchange of visits, courses, training, as well as multilateral engagements. Both sides also expressed hope for the defence and military relations to further flourish in the future.

Colonel Peter Davis Hall took on the role as Defence Adviser of New Zealand based in Malaysia accredited to Brunei Darussalam since 16 February 2021.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN NEW ZEALAND YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Khamis, 23 Jun 2022 - Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, telah menerima kunjungan pengenalan daripada Kolonel Peter Davis Hall, Penasihat Pertahanan New Zealand yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam pada petang ini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengesahkan semula hubungan rapat antara Negara Brunei Darussalam dan New Zealand yang dibina melalui pelbagai interaksi pertahanan dan ketenteraan termasuk pertukaran lawatan, kursus, latihan, dan juga  penglibatan pelbagai hala. Kedua-dua belah pihak turut menyatakan harapan bagi hubungan pertahanan dan ketenteraan terus berkembang lagi pada masa akan datang.

Kolonel Peter Davis Hall telah dilantik sebagai Penasihat Pertahanan New Zealand yang menetap di Malaysia dan diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam sejak 16 Februari 2021.



Attachments