Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF HELD THE OPENING OF DIKIR MAULUD 1443H/2021 VIRTUALLY


THURSDAY, 7 October 2021 – As an expression of gratitude and love to Prophet Muhammad (PBUH) and to seek blessings from Allah Subhanahu wa Ta’ala, The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held the opening for Dikir Maulud virtually to commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH). 

The event which was organised by RBAF Religious Department (JAMA'AT) held concurrently in all RBAF suraus was joined by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II; Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander RBAF; Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The event commenced after the Maghrib prayer, with the recitation of Sayyidul Istighfar and the recitation of Surah Muhammad verse 16-19 by Ustaz Muhammad Nur Amin bin Awang Haji Jali from JAMA'AT, followed by the reading of Sirah Nabawiyyah by Lieutenant (U) Haji Syasuandi bin Haji Abu Bakar, JAMA'AT Training Officer. 

The event then proceeded with the recitation of Surah Yaasin, Doa to seek blessings and protection from Allah Subhanahu wa Ta’ala from adversities and diseases, Selawat to Prophet Muhammad (PBUH), Dikir Marhaban and concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.

Due to COVID-19 pandemic, this year the annual Dikir Maulud was conducted virtually for the first time by the Ministry of Defence and RBAF in accordance to the guidelines of the Ministry of Health, and as normally practiced, the event will be held for twelve (12) consecutive nights in all RBAF suraus. 



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN PEMBUKAAN MAJLIS DIKIR MAULUD 1443H/2021M SECARA DALAM TALIAN

Khamis, 7 Oktober 2021 – Dalam menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, dan memohon ganjaran pahala serta syafaat baginda, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan malam pembukaan Majlis Dikir Maulud secara dalam talian bagi memperingati kelahiran junjungan besar baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang dikelolakan oleh Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT).

Turut memeriahkan majlis tersebut yang diadakan secara serentak di seluruh surau di perkhemahan ABDB ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB 

Majlis dimulakan selepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib, dimulakan dengan laungan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Muhammad ayat 16 hingga 19 oleh Ustaz Muhammad Nur Amin bin Awang Haji Jali dari JAMA’AT dan diikuti dengan bacaan Sirah Nabawiyyah oleh Leftenan (U) Haji Syasuandi bin Haji Abu Bakar, Pegawai Latih JAMA'AT. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin, Doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar negara akan terselamat daripada bala dan segala jenis penyakit, Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam , Dikir Marhaban, dan diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh wakil setiap surau di perkhemahan ABDB.

Disebabkan penularan wabak COVID-19, Majlis tahunan Dikir Maulud ini diadakan secara dalam talian buat julung kalinya pada tahun ini di peringkat Kementerian Pertahanan dan ABDB dan akan dilaksanakan selama dua-belas (12) malam berturut-turut di seluruh surau di Perkhemahan ABDB seperti lazimnya dengan mengikuti garis panduan Kementerian Kesihatan.



Attachments