PENDAFTARAN DITUTUP PENDAFTARAN BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Pendaftaran akan dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-174 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kelayakan dan kemasukan yang telah ditetapkan.
Pendaftaran dibukakan bermula pada hari Isnin, 23 Oktober 2023 hingga hari Khamis, 02 November 2023.
Tatacara Pendaftaran
Pejabat Pengambilan melalui Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan tatacara pendaftaran Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-174 ABDB akan diadakan secara PANDU LALU (DRIVE-THRU) sahaja.
1. Pendaftaran secara pandu lalu (drive-thru) akan dijalankan bertempat di Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Keterangan lanjut bagi tempat/lokasi bolehlah melayari di laman sesawang http://www.mindef.gov.bn (Career - Military Recruitment (male)).
2. Hanya pemohon kod Bruhealth berwarna hijau dan kuning sahaja yang dibenarkan.
3. Pemohon akan menyerahkan risalah-risalah seperti berikut:
- 1x Salinan Kad Pengenalan Pintar,
- 1x Salinan Sijil-Sijil Akademik.
4. Tarikh dan masa bagi pendaftaran pandu lalu adalah seperti berikut:
Tarikh | 23 Oktober 2023 hingga 02 November 2023 ( kecuali hari Juma'at, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Awam) |
Jam | 0830 pagi hingga 1100 pagi dan 1430 petang hingga 1600 petang
|
5. Peta bagi pendaftaran pandu lalu iaitu di Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah adalah seperti berikut:

6. Pemohon yang layak akan diberikan nota kecil bagi pembahagian tarikh dan masa untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT).
7. Semasa pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT), hanya pemohon kod Bruhealth berwarna hijau dan kuning serta sudah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap (3 dos) sahaja yang dibenarkan untuk hadir.
8. Makluman seterusnya akan disampaikan kepada pemohon yang telah lulus proses kemasukan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang dinyatakan di atas.
9. Pemohon-pemohon yang tidak layak atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan tidak akan di proses.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemohon-pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun (0 bulan 0 hari) sebelum latihan bermula pada
06 Mei 2024.
Alamat Pejabat Pengambilan (pemohon akan hadir mengikut giliran yang diberikan):
Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison
(berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB)
Pemohon-pemohon mestilah membawa risalah-risalah seperti:
- Kad Pengenalan Pintar asal.
- Sijil Kelulusan Akademik Sekolah yang asal.
Pemohon-pemohon mestilah berpakaian kemas semasa sesi pendaftaran.
Tempat Letak Kereta:
Kawasan letak kereta belakang bangunan Pancaragam ABDB
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan
Bolkiah Garison
Tel: 2386898
Atau layari laman web:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI MENCEBURI KERJAYA TENTERA SEBAGAI BAKAL REKRUT
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Lelaki Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
1. Kategori. Terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai Kad Pengenalan Pintar berwarna 'KUNING' sahaja dan terdiri daripada 2 kategori di bawah ini:
Kategori A
| Kategori B
|
Terdiri dari salah satu daripada 7 puak jati Bangsa Melayu seperti berikut: a) Brunei
b) Tutong
c) Belait
d) Kedayan
e) Dusun
f) Murut
g) Bisaya
| a) Mempunyai surat kuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN.
b) Pemohonan yang lahir di luar negara.
c) Bukan dari puak jati Bangsa Melayu (seperti di Kategori A).
d) Pemohon hendaklah berugama Islam serta menurut adat resam Melayu.
e) Pemohon hendaklah menghadapkan surat permohonan untuk masuk berkhidmat dengan ABDB berserta dengan risalah yang diperlukan.
|
2. Taraf Kelamin. Pemohon adalah berstatus bujang atau berkahwin.
3. Umur. Pemohon hendaklah berumur diantara 18 tahun hingga 25 tahun (tidak melebihi 25 tahun 0 bulan 0 hari) pada tarikh latihan Asas Ketenteraan dilaksanakan.
4. Ketinggian Badan dan Indeks Jisim Tubuh. Sihat tubuh badan dan memenuhi syarat ketinggian dan Indeks Jisim Tubuh Badan seperti berikut:
Kelayakan | Lelaki |
Ketinggian | Minima 155cm (5 kaki 1 inci)
|
5. Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.
6. Kelayakan Akademik. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:
- Minima 2 Kredit (Gred A, B atau C) Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge peringkat biasa 'O' Level di dalam apa sahaja mata pelajaran.
|
- BTEC Level 2 Extended Certificate.
| - ISQ (Industrial Skill Qualification).
|
- BDTVEC Skill Certificate 2.
| - NTC 2 (National Trade Certificate).
|
| - dan yang sebanding dengan 2 'O' Level.
|
Pemohon yang mempunyai kelulusan tertinggi (HND) ke atas hendaklah menghadapkan surat permohonan masuk berkhidmat sebagai Bakal Rekrut. Setiap kelulusan hendaklah mendapat pengiktirafan daripada pihak Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Negara Brunei Darussalam.
Proses Ujian/Pemilihan.
Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.
FASA | PROSES UJIAN YANG DIJALANKAN |
FASA PERTAMA | 1. Memenuhi syarat-syarat kemasukkan dan kelayakan yang telah ditetapkan. 2. Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh Badan (IJT/BMI). Perlu di ingatkan bahawa IJT/BMI hendaklah dalam lingkungan yang ditetapkan sehingga tarikh Latihan Asas Ketenteraan dilaksanakan. |
FASA KEDUA
|
UJIAN RENANG | Berenang sejauh 50 meter (Kuak dada dan Kuak Bebas sahaja). * Calon yang gagal ujian renang tidak akan mengikuti proses seterusnya. |
UJIAN KETAHANAN JASMANI
| Ujian | Masa/Reps
| Catitan |
Larian 2.4 Km | Tidak boleh melebihi 12 minit 30 saat |
Mesti lulus semua ujian
|
Sit up | Tidak boleh kurang dari 40 reps
|
Push up | Tidak boleh kurang dari 40 reps
|
FASA KETIGA | 1. Tapisan Keselamatan. 2. Ujian Bertulis
a. Kemahiran Bahasa Melayu b. Ujian Psikologi 3. Pemeriksaan Pergigian. 4. Pemeriksaan Kesihatan. * Disahkan oleh Pegawai Pergigian & Pegawai Perubatan ABDB. |
FASA KEEMPAT | 1. Temuduga Unit-unit.
|
**NOTA : Proses Ujian/Pemilihan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan.
Pembukaan Pendaftaran bagi Rekrut Lelaki bagi tahun 2024.
Pengambilan Intek | Tarikh Pendaftaran | Tarikh Latihan |
175 | 22 Januari 2024 Hingga 01 Februari 2024
| 02 September 2024
|
176
| - | - |
177
| - | -
|
* Tertakluk pada perubahan
Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison bagi mengikuti Latihan Holding Platoon sebelum melaksanakan Latihan Asas Ketenteraan selama 03 bulan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB pada waktu berkerja.
Tel: 2386898