BOLKIAH GARRISON, Friday, 1 August 2025 – By the gracious command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consent was given for the appointment of Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman as the 8th Joint Force Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The official takeover ceremony took place at the Wira Seni Hall, RBAF Band Building, Bolkiah Garrison.
The ceremony was attended by the Chief of Staff, Head of Cyber Defence Unit, Senior Officers with their spouses, Officers, Sergeant Major of JFHQ RBAF and JFHQ RBAF personnel.
Upon arrival, the incoming JFC received a formal salute, and the event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Lieutenant (U) Haji Mohd Syasuandi bin Haji Abu Bakar from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT) followed by JFC's inaugural speech.
In his speech, he conveyed his highest appreciation and utmost gratitude consented by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, for the responsibility entrusted towards him as the Joint Force Commander. He also emphasised the importance of continuing the planning and initiatives that have been developed and organized under the guidance of former JFCs and Acting JFCs, highlighting the need for an integrated approach to ensure that operations conducted by JFHQ remains relevant, effective and efficient at all times. The need to prepare and assess any forthcoming threat, from both non-traditional and conventional threats is also vital, including those arising from technological advancements such as Artificial Intelligence, Autonomous Weapons and Electronic Warfare. Additionally, he urged the importance of adapting to any circumstance efficiently and effectively. He also underscored that all levels must consistently uphold discipline and maintain a professional attitude, as these form the foundational strength and integrity of the JFHQ.
The ceremony continued with the recitation of the Doa Selamat, Doa Ambil Alih Tugas and the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony concluded with a final salute, group photo and a beramah mesra session.

MAJLIS MENGAMBILALIH TUGAS PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 1 Ogos 2025 – Atas Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan perlantikan Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman sebagai Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AB ABDB) yang ke-8. Majlis Mengambilalih Tugas Pemerintah Angkatan Bersama telah diadakan di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Staf, Ketua Unit Pertahanan Siber, Pegawai-Pegawai Kanan, berserta isteri masing-masing, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar AB ABDB dan anggota-anggota AB ABDB.
Sejurus ketibaan, Pemerintah AB ABDB yang baharu menerima Tabik Hormat dan upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia Leftenan (U) Haji Mohd Syasuandi bin Haji Abu Bakar daripada Jabatanarah Agama ABDB dan diikuti dengan penyampaian perasmian perutusan Pemerintah AB ABDB.
Dalam ucapannya, beliau menyembahkan ucapan setinggi-tinggi Menjunjung Kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia menganugerahkan beliau peluang melaksanakan amanah sebagai Pemerintah AB ABDB. Beliau juga menekankan kepentingan untuk meneruskan perancangan dan inisiatif yang telah diaturkan di bawah panduan Pemerintah AB dan Pemangku AB sebelum beliau, sambil menegaskan keperluan pendekatan bersepadu untuk memastikan operasi yang dijalankan oleh MAB sentiasa relevan, berkesan dan efisien di setiap masa. Keperluan untuk kesiapsiagaan dan menilai segala ancaman yang bakal dihadapi, sama ada ancaman tidak tradisional mahupun konvensional, adalah sangat penting, termasuk ancaman yang berpunca daripada kemajuan teknologi seperti Artificial Intelligence, Autonomous Weapons dan Electronic Warfare. Selain itu, beliau menggariskan kepentingan untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan dengan cekap dan berkesan. Beliau juga menekankan bagi setiap peringkat untuk memartabatkan dan terus mempertahankan disiplin dan sikap professional kerana kedua-duanya merupakan asas kekuatan dan integriti AB ABDB.
Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat, Doa Ambil Alih Tugas serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis kemudian diakhiri dengan Tabik Hormat, bergambar ramai dan sesi beramah mesra.