Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER AT THE PRIME MINISTER’S OFFICE AND MINISTER OF DEFENCE II ATTENDS 98TH ANNIVERSARY OF THE FOUNDING OF THE CHINESE PEOPLE'S LIBERATION ARMY



BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 31 July 2025Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, and his spouse, Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, attended a reception to commemorate the 98th anniversary of the founding of the Chinese People's Liberation Army (PLA). The event was hosted by the Embassy of the People's Republic of China in Brunei Darussalam at Tarindak D'Seni in the capital.

The reception also saw the presence of several other dignitaries, including His Excellency Xiao Jianguo, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People's Republic of China to Brunei Darussalam, and his spouse; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and his spouse, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini; various high-level military and civilian senior officers, foreign delegates, and defence attachés.

Senior Colonel Dai Qilin, China's Defence Attaché to Brunei Darussalam, delivered remarks highlighting the strengthening defense relations between the two nations. He spoke about the state visit of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, to China. During this visit, productive talks involved President Xi Jinping, leading to agreements on regional and international cooperation. A key outcome was the mutual agreement on the importance of the Joint Defence Working Committee (JDWC) for enhancing cooperation in areas such as joint training, peacekeeping, academic exchanges, and institutional cooperation. 

Senior Colonel Dai Qilin mentioned several key engagements, including Brunei's participation in the Xiangshan Forum, meetings in Beijing, and exchanges between Brunei's Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II and China's Defence Minister at the UN Peacekeeping Ministerial 2025. He also noted the participation of Brunei's Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute in the China-ASEAN defence think tank exchange and the visit of the PLA Navy ship Changbaishan to Brunei.

Brunei and China will co-chair the ADMM-Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations from 2024 to 2027. Both countries are committed to regional peace, and Senior Colonel Dai Qilin concluded with optimism for future expansion of cooperation, particularly in military exchanges and practical collaboration.





Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II​ , the Ambassador of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam Xiao Jianguo and China’s Defence Attaché to Brunei cutting a cake to mark the occasion




MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II MENGHADIRI SAMBUTAN MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-98 THE FOUNDING OF THE CHINESE PEOPLE'S LIBERATION ARMY (PLA)


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Julai 2025 Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi Bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, dan Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, menghadiri majlis resepsi bagi memperingati Sambutan Ulang Tahun Ke-98 Penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA). Acara tersebut dihoskan oleh Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam di Tarindak D'Seni di ibu negara.

Majlis resepsi itu juga menyaksikan kehadiran beberapa orang kenamaan lain, termasuk Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, dan isteri; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan isteri; pelbagai pegawai kanan tentera dan awam peringkat tinggi, delegasi asing, dan atase pertahanan.

Senior Kolonel Dai Qilin, Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, menyampaikan ucapan yang menekankan pengukuhan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara. Beliau menyentuh mengenai lawatan negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ke Republik Rakyat China. Semasa lawatan tersebut, perbincangan produktif melibatkan Presiden Xi Jinping, yang membawa kepada persetujuan mengenai kerjasama serantau dan antarabangsa. Hasil utama adalah persetujuan bersama mengenai kepentingan Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JDWC) untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti latihan bersama, pengamanan, pertukaran akademik, dan kerjasama institusi.

Senior Kolonel Dai Qilin menyentuh beberapa penglibatan utama, termasuk penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam Forum Xiangshan, mesyuarat di Beijing, dan perjumpaan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Negara Brunei Darussalam dan Menteri Pertahanan China semasa UN Peacekeeping Ministerial 2025. Beliau juga menyatakan penyertaan Institut Pengajian Pertahanan & Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam pertukaran think-tank pertahanan China-ASEAN dan lawatan kapal Tentera Laut PLA Changbaishan ke Negara Brunei Darussalam.

Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China akan mempengerusikan bersama Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus mengenai Peacekeeping Operations dari 2024 hingga 2027. Kedua-dua negara komited kepada keamanan serantau, dan Senior Kolonel Dai Qilin mengakhiri dengan keyakinan untuk pengembangan kerjasama pada masa depan, terutamanya dalam pertukaran ketenteraan dan kerjasama praktikal.​


Attachments