Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CEREMONY TO CELEBRATE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES PERSONNEL CONVERSION TO ISLAM



MUARA NAVAL BASE, Friday, 25 July 2025 - The Royal Brunei Armed Forces held a ceremony to celebrate eight new brothers and sisters who converted to Islam between 2024 to 2025. The ceremony took place at Surau Al-Huda, Muara Naval Base.


Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were members of the RBAF Executive Committee, RBAF Senior Officers, representatives from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs, personnel of the Ministry of Defence and family members of the celebrated personnel.


The ceremony commenced with the recitation of the Holy Al-Quran, Surah Al-Mu’minum from verses 1 to 11 recited by 52977 Lance Coperal Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin, Assistant to Islamic Studies & Al-Quran Development, Religious Education Office, RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by the chanting of Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Dikir Marhaban, and the customary bunga rampai ritual performed by the Guest of Honour and other invited guests. The event continued with the presentation of souvenirs to the celebrated converts.


To bless the occasion, a Special Doa was recited by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The ceremony concluded with a group photo session, a mass FardhuAsr prayer and Selawat Qiam.


This event underscores the RBAF's commitment to supporting its personnel and celebrating their spiritual journeys.



Bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah





Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Surah Al-Mu’minun



Pemerintah ABDB Menyampaikan Sumbangan Cenderhati ABDB 



Pemerintah TDDB Menyampaikan Sumbangan Cenderhati ABDB 



Pemerintah TLDB Menyampaikan Sumbangan Cenderhati ABDB 



Pemerintah TUDB  Menyampaikan Sumbangan Cenderhati ABDB 



Keluarga Pegawai dan anggota Saudara Baru yang diraikan Turut Sama
Menabur Bunga Rampai​



MAJLIS MERAIKAN SAUDARA-SAUDARI BARU ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Juma’at, 25 Julai 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Meraikan lapan orang saudara-saudari baru yang telah memeluk agama Islam di antara tahun 2024 hingga 2025. Majlis ini telah berlangsung di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara.


Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, warga Kementerian Pertahanan serta keluarga anggota-anggota yang diraikan.


Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Mu’minum ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh 52977 Lans Koperal Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin, Pembantu Pengajian Islam & Perkembangan Al-Quran, Pejabat Terbiyyah Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), disusuli dengan laungan Asmaul Husna, Selawat Tafrijiyyah, Dikir Marhaban dan upacara adat menabur bunga rampai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya, dari para jemputan yang hadir. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara-saudari baru yang diraikan.


Bagi memberkati majlis, Doa Khusus dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA’AT. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai, sembahyang Fardhu ‘Asar berjemaah dan Selawat Qiam.


Acara ini menekankan komitmen ABDB untuk menyokong anggotanya dan menyambut baik perjalanan kerohanian mereka.


Attachments