Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE OPENING CEREMONY OF THE 20TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP 20/2025) FOR SENIOR GOVERNMENT OFFICIALS BY THE MINISTRY OF DEFENCE


​BOLKIAH GARRISON, Monday, 4 August 2025 – The Ministry of Defence officially launched the 20th Executive Development Programme for Senior Government Officials in Public Policy and Management (EDP 20/2025) at an opening ceremony held at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison.


The ceremony was officiated by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence. In his opening remarks, Yang Mulia Dato emphasised the pivotal role of the EDP in equipping burgeoning public sector leaders with the insights and skills essential to advance and safeguard the interests of their respective nations. He further stated that the programme promotes the exchange of diverse viewpoints and fosters collaboration to cultivate innovative solutions.


Now in its 20th cycle, the EDP continues to be a cornerstone and a key component of leadership development within the Ministry of Defence. This programme has successfully convened senior military officials from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) alongside senior government officers from various ministries and departments, as well as international military participants. The EDP consists of rigorous modules that focus on public policy, strategic management, high-performance government, adaptive leadership, contemporary international affairs, and governance, thereby promoting excellence in leadership across multiple sectors. 


The EDP 20/2025, jointly delivered by the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY SPP), National University of Singapore and facilitated by SHHBIDSS, will take place over 14 weeks from 4 August to 7 November 2025. The programme will include lectures, workshops, scenario-based exercises, field visits, and group projects, ultimately culmating in the development of Policy Analysis Exercise (PAE) papers and presentations. Midway through the programme, participants will have a 3-day overseas study visit to Singapore, designed to broaden their global perspectives. 


This year, the participant cohort comprises of senior officers from the RBAF, senior officers from the Royal Brunei Police Force (RBPF), senior government officers representing various ministries including the Prime Minister’s Office, the Ministry of Defence, the Ministry of Foreign Affairs, the Ministry of Education and the Ministry of Culture, Youth and Sports, as well as, six international military participants from Malaysia, the Republic of the Philippines, the Republic of Singapore, the Kingdom of Thailand, the Socialist Republic of Viet Nam and the Sultanate of Oman. 


The EDP serves as a vital platform for fostering cross-sectoral collaboration, enhancing inter-ministerial understanding, and strengthening Brunei Darussalam’s preparedness to address complex and multidimensional challenges within an increasingly dynamic global environment. This year’s programme continues to benefit from the expertise of LKY SPP, National University of Singapore as the course provider, which plays a pivotal role in delivering research-based, strategic content that aligns with Brunei Darussalam’s national interests and international outlook. 


A total of 456 senior officers have undergone the Ministry of Defence’s EDP since it was first inaugurated in 2004. SHHBIDSS wishes to express its appreciation to all participating agencies and looks forward to the positive and impactful outcomes from this year’s programme.




Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence delivering his opening remarks/ Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan menyampaikan ucapan alu-aluan





The 20th Executive Development Programme for Senior Government Officials in Public Policy and Management (EDP 20/2025)/ Gambar Ramai: Program Perkembangan Eksekutif ke-20 bagi Pegawai-pegawai Kerajaan Kanan Dalam Dasar Awam dan Pengurusan (EDP 20/2025)



MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KE-20 (EDP 20/2025) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KANAN ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Isnin, 4 Ogos 2025 – Kementerian Pertahanan secara rasminya melancarkan Majlis Pembukaan bagi Program Perkembangan Eksekutif ke-20 bagi Pegawai-pegawai Kerajaan Kanan Dalam Dasar Awam dan Pengurusan (EDP 20/2025) anjuran Kementerian Pertahanan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHB), Bolkiah Garison.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan. Dalam ucapan perasmiannya, Yang Mulia Dato menekankan peranan penting EDP dalam memperlengkapkan pemimpin-pemimpin sektor awam dalam bidang strategik masing-masing dengan pemahaman dan kemahiran bagi memajukan dan melindungi kepentingan negara. Beliau juga menyatakan bahawa program ini memudahkan pertukaran pandangan dari pelbagai pihak dan seterusnya menyemai kerjasama yang membina penyelesaian inovatif.


Kini dalam siri ke-20, EDP kekal sebagai wadah utama bagi pembangunan kepimpinan di Kementerian Pertahanan. Program ini telah berjaya mengumpulkan pegawai tentera kanan dari Angkatan Tentera Diraja Brunei (ABDB) dan pegawai kerajaan kanan dari pelbagai kementerian dan jabatan, serta peserta tentera dari luar negara. EDP mengandungi modul-modul itensif yang menekankan pada dasar awam, pengurusan strategik, kerajaan berprestasi tinggi, kepimpinan adaptif, hal ehwal antarabangsa kontemporari, dan tadbir urus, yang mana akan menggalakkan kepada kecemerlangan dalam kepimpinan dalam pelbagai sektor.


EDP 20/2025, yang dikendalikan bersama Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY SPP), National University of Singapore dan IPPSSHHB, akan berlangsung selama 14 minggu bermula 4 Ogos hingga 7 November 2025. Program ini termasuk kuliah, bengkel, latihan berasaskan senario, lawatan, dan projek berkumpulan yang akan menghasilkan Kertas Analisis Dasar (PAE). Dalam pertengahan program tersebut, lawatan sambil belajar selama tiga hari ke Singapura akan dilaksanakan dengan tujuan memberikan pendedahan antarabangsa kepada para peserta.


Peserta tahun ini terdiri daripada pegawai kanan daripada ABDB, pegawai kanan daripada Polis Diraja Brunei, pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta enam peserta tentera dari luar negara iaitu dari Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand, Republik Sosialis Viet Nam dan Kesultanan Oman. 


EDP berfungsi sebagai wadah penting untuk memupuk kerjasama rentas sektor, meningkatkan kefahaman antara kementerian-kementerian, dan menguatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran kompleks dan multidimensi dalam persekitaran global yang semakin dinamik. Program tahun ini terus mendapat manfaat daripada kepakaran LKY SPP, National University of Singapore sebagai penyedia kursus, yang memainkan peranan utama dalam menyampaikan kandungan berasaskan penyelidikan dan berorientasikan strategi yang berlandaskan kepentingan nasional dan pandangan antarabangsa. 


Seramai 456 para pegawai kanan telah berjaya mengikuti EDP anjuran Kementerian Pertahanan sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004. IPPSSHHB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan berharap program ini memberikan impak yang positif serta dapat dimanfaatkan secara berterusan.



Attachments