Skip Ribbon Commands
Skip to main content
ROYAL BRUNEI LAND FORCES WELCOMES NEW COMMANDER

BERAKAS GARRISON, Friday, 1 August 2025 – By the gracious command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, consent was given for the appointment of Yang Mulia Colonel Aldi bin Haji Hassan as the 15th Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF). The Parade Ceremony took place at the First Battalion (1Bn RBLF) Parade Square, Berakas Garrison.

The ceremony was attended by the Deputy Commander, Chief of Staff, Field Commander, Senior Officers, Officers, Land Forces Sergeant Major and RBLF personnel.

Upon arrival at the 1Bn RBLF Parade Square, the newly appointed Commander of the RBLF received the honourary salute and proceeded to inspect the parade comprising of 517 personnel from all RBLF units, commanded by Yang Mulia Major Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Second-in-Command of the Engineer Regiment. The ceremony continued with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate (JAMA'AT), followed by a speech from the Commander of RBLF.

In his inaugural speech, the Commander of the RBLF expressed loyalty to to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and outlined his vision for the RBLF, guided by the Defence White Paper 2021's three pillars: Deterrence and Response, Defence Diplomacy, and Holistic Defence. He emphasized their alignment with Maqasid Shariah principles, aiming to cultivate "Mission-Ready Land Forces" characterized by operational readiness, strong leadership, and team cohesion, prioritizing personnel well-being, encompassing welfare, health, safety, and work-life balance, alongside spiritual development rooted in Brunei's Malay Islamic Monarchy philosophy, remains central to his leadership. He concluded by urging RBLF personnel to advance Brunei Vision 2035 and fortify national defence.

To bless the ceremony, the Doa Selamat followed by Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam was recited. The ceremony concluded with a group photo session before proceeding to the Officers' Mess, Berakas Garrison, for refreshments and the signing of the parchment.

The appointment of Yang Mulia Colonel Aldi bin Haji Hassan as the new Commander of the RBLF took effect on 01 August 2025. Prior to this, he had previously served in the position of the Acting Joint Force Commander RBAF.




 

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERIMA PEMERINTAH BAHARU

BERAKAS GARISON, Jumaat, 1 Ogos 2025 – Atas Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan perlantikan Yang Mulia Kolonel Aldi bin Haji Hassan sebagai Pemerintah TDDB ke-15. Upacara Perbarisan yang berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), Berakas Garison.

Upacara tersebut dihadiri oleh Timbalan Pemerintah, Ketua Staf, Pemerintah Medan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat, serta warga TDDB.

Sejurus ketibaan di Padang Kawad 1Bn TDDB, Pemerintah TDDB yang baru dilantik menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 517 anggota dari semua unit TDDB, yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Timbalan Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera. Upacara kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT), dan diikuti dengan perutusan dari Pemerintah TDDB.

Dalam perutusan beliau, Pemerintah TDDB melafazkan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menggariskan visi beliau untuk TDDB, berpandukan kepada Kertas Putih Pertahanan 2021 tonggak utama; Cegah Rintang dan Respon, Diplomasi Pertahanan, dan Pertahanan Holistik. Beliau menekankan penjajaran dengan mendokong prinsip Maqasid Syariah, bertujuan untuk memupuk "Mission-Ready Land Forces" yang dicirikan oleh kesediaan operasi, kepimpinan yang kukuh, dan perpaduan pasukan, mengutamakan kesejahteraan kakitangan, merangkumi kebajikan, kesihatan, keselamatan, dan keseimbangan kerja-kehidupan, di samping pembangunan kerohanian yang berakar umbi dalam falsafah Melayu Islam Beraja Brunei, kekal menjadi pusat kepimpinannya. Beliau mengakhiri ucapannya dengan menggesa anggota TDDB memajukan Wawasan Brunei 2035 dan memperkukuh pertahanan negara.

Bagi memberkati majlis tersebut, Doa Selamat, diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan. Upacara kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Mes Pegawai Berakas Garison bagi menikmati jamuan dan menandatangani lembaran kenangan.

Perlantikan Yang Mulia Kolonel Aldi bin Haji Hassan sebagai Pemerintah TDDB yang baharu berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2025. Sebelum ini, beliau telah menyandang jawatan sebagai Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.



Attachments