KAMPONG PENANJONG, Friday, 1 May 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Handover Ceremony for the Titian Amal Project in conjunction with its 64th Anniversary as part of its community outreach initiatives. The ceremony took place at the newly constructed residence of Yang Mulia Dayang Saliha binti Haji Kamis in Kampong Penanjong, Tutong District.
Present as the Guest of Honour were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance Yang Mulia Iswandy bin Ahmad, Assistant Managing Director of Welfare Services and Social Development Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Yang Mulia Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by a Tazkirah delivered by Yang Mulia Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Staff Officer Grade 2 Religious Inspectorate of JAMA'AT.
Project briefing was presented by Yang Mulia Captain Sheril Shahizwan bin Tikom, Chairman of the Titian Amal Project for the construction of the residence of Yang Mulia Dayang Saliha.
The Guest of Honour then presented a commemorative memento to Yang Mulia Dayang Saliha as a symbolic gesture of the official handover of the newly constructed residence.
The construction works were carried out over a period of three months, from 3 February 2026 to 1 May 2026, through the close collaboration of personnel from the Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces. The project was funded through the Donation Fund to assist in repairing and upgrading houses under the Housing Scheme Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, amounting to BND$43,445.16.
This ceremony marked the fourth and final handover under the Titian Amal Project implemented nationwide in conjunction with the RBAF's 64th Anniversary.
The Titian Amal Project is an annual initiative by the RBAF aimed at strengthening relations between RBAF and the community, while fostering the spirit of volunteerism and enhancing cooperation with local communities and government agencies.





MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64
KAMPONG PENANJONG, Juma'at, 1 Mei 2026 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB (HUT ABDB) Ke-64, sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan masyarakat. Majlis tersebut telah berlangsung di rumah kediaman baharu Yang Mulia Dayang Saliha binti Haji Kamis di Kampong Penanjong, Daerah Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah Yang Mulia Iswandy bin Ahmad, Penolong Pengarah Urusan Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Haji Samaih, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan penyampaian tazkirah disampaikan oleh Yang Mulia Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Timbalan Pegawai Turus Inspektorat Agama JAMA'AT.
Seterusnya, taklimat projek telah disampaikan oleh Yang Mulia Kapten Sheril Shahizwan bin Tikom, Pengerusi Projek Titian Amal bagi rumah kediaman Yang Mulia Dayang Saliha.
Tetamu Kehormat seterusnya menyampaikan cenderamata kenangan kepada Yang Mulia Dayang Saliha sebagai simbolik penyerahan rasmi projek pembinaan rumah kediaman beliau yang telah siap dilaksanakan.
Kerja-kerja pembinaan telah dilaksanakan selama tiga bulan, bermula dari 3 Febuari 2026 hingga 1 Mei 2026, melalui kerjasama erat anggota Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei. Projek ini dibiayai melalui peruntukan Tabung Sumbangan Bantuan membaikpulih dan menaiktaraf rumah di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berjumlah BND43,445.16.
Majlis ini merupakan penyerahan keempat dan terakhir bagi Projek Titian Amal yang dilaksanakan di seluruh negara sempena Sambutan HUT ABDB Ke-64.
Projek Titian Amal merupakan inisiatif tahunan ABDB yang bertujuan memperkukuh hubungan antara ABDB dan masyarakat, di samping memupuk semangat kesukarelawanan serta mempertingkatkan kerjasama dengan komuniti setempat dan agensi-agensi kerajaan.