Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HER ROYAL HIGHNESS PRINCESS HAJAH RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH ATTENDS THE COMMISSIONING COURSE 252 SOVEREIGN'S PARADE


UNITED KINGDOM, Friday, 10 April 2026 - Her Royal Highness Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah has consented to attend the Commissioning Course 252 Sovereign's Parade held at the Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), Camberley, United Kingdom, to witness the commissioning of Her Royal Highness's son, Yang Amat Mulia Officer Cadet Pengiran Anak Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

Present to represent His Majesty King Charles III at the Sovereign's Parade Ceremony was General Dame Sharon Nesmith DCB ADC, Deputy Chief of Defense Staff and Aide-de-Camp to His Majesty.

Also present at the Sovereign's Parade were Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj, along with other members of the Royal family.

His Royal Highness Officer Cadet  Pengiran Anak Abdul Raqiib is a member of Blenheim Company, whose platoon was awarded the Sovereign's Platoon Award. This award recognizes the platoon's excellence in leadership, discipline, teamwork and overall military performance throughout the intensive 44-week training programme.

The Commissioning Course 252 commenced from 5 May 2025 to 10 April 2026, involving a total of 146 British Army Officer Cadets and 19 International Officer Cadets from 15 countries who successfully completed their training. Following the parade, British Army Officer Cadets will receive His Majesty The King's Commission, formally marking their transition into commissioned officers of the British Army.

​​​ 





YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI HAJAH RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH BERKENAN BERANGKAT HADIR KE UPACARA SOVEREIGN'S PARADE KURSUS PENTAULIAHAN 252

UNITED KINGDOM, Jumaat, 10 April 2026 – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menghadiri Upacara Sovereign's Parade bagi Kursus Pentauliahan 252 yang berlangsung di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), Camberley, United Kingdom, bagi menyaksikan pentauliahan anakanda Yang Teramat Mulia iaitu Yang Amat Mulia Pegawai Kadet Pengiran Anak Abdul Raqiib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

Hadir bagi mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III ke Upacara Sovereign's Parade tersebut ialah Jeneral Dame Sharon Nesmith DCB ADC, Naib Ketua Staf Pertahanan dan Aide-de-Camp kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Turut berangkat hadir ke upacara tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al‑Haj serta Ahli‑ahli Kerabat Diraja yang lain.

Yang Amat Mulia Pegawai Kadet Pengiran Anak Abdul Raqiib merupakan anggota Kompeni Blenheim, di mana platun Yang Amat Mulia telah menerima Anugerah Platun Sovereign. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan platun berkenaan dalam aspek kepimpinan, disiplin, kerja berpasukan serta prestasi ketenteraan sepanjang program latihan intensif selama 44 minggu.

Kursus Pentauliahan 252 telah berlangsung dari 5 Mei 2025 hingga 10 April 2026, yang menyaksikan seramai 146 Pegawai Kadet Tentera British dan 19 Pegawai Kadet Antarabangsa dari 15 buah negara berjaya menamatkan latihan masing-masing. Sejurus selesai perbarisan, Pegawai-pegawai Kadet Tentera British akan menerima Tauliah His Majesty The King's Commission, yang secara rasminya menandakan peralihan mereka menjadi Pegawai Bertauliah Tentera British.


Attachments