
BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 29 April 2026 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has graciously consented to bestow the State Honorary Medals of Brunei Darussalam to officers and personnel of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty's 79th Birthday.
The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office officiated the conferment of the State Honorary Medals as His Majesty's personal representative. Also in attendance were His Royal Highness Prince 'Abdul Malik and His Royal Highness Prince 'Abdul Mateen.
The State Honours Medals conferred were the Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) awarded to 20 personnel, the Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) awarded to 147 personnel, Pingat Pahlawan Periwara (P.P.) to 60 personnel and the Pingat Penglima Laskar (P.L.) to two personnel of the Ministry of Defence.
Also present at the ceremony were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.





KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA, SULTAN DAN YANG DI_PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGURNIAKAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 April 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-79 tahun.
Istiadat Pengurniaan tersebut telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang maha Mulia bagi menyempurnakan Pingat-Pingat Kehormatan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang di kurniakan adalah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) kepada 20 orang penerima, Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) kepada 147 orang penerima, Pingat Pahlawan Periwara (P.P.) kepada 60 penerima dan Pingat Penglima Laskar (P.L.) kepada dua penerima dari Kementerian Pertahanan.
Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Menteri–Menteri Kabinet, Ahli–ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan–timbalan Menteri, Pengiran–Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Duta–duta Besar, Pesuruhjaya–pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha–setiausaha Tetap, Timbalan–timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua–ketua Jabatan.