
RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 20 April 2026 – His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah today graced the Arrival Ceremony of the final two Airbus C295MW aircraft for the Royal Brunei Air Force (RBAirF) at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base.
Upon arrival at the Air Movement Centre, His Royal Highness was received by Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Acting Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence and Yang Mulia Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF. Also in attendance were Members of the RBAF Executive Committee and senior officers of the RBAF.
The ceremony commenced with witnessing the traditional "Water Salute" as the aircrafts entered the Military Apron, accompanied by the recitation of
Selawat as a sign of gratitude for the aircrafts' safe arrival. The two aircraft completed a seven-day ferry flight from the supplier's facility which begun on 14 April 2026.
The ceremony continued with the recitation of
Doa Selamat, led by Yang Mulia Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Hj Samah, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by His Royal Highness' inspection of the newly arrived aircraft and then introduced to the delivery crew. His Royal Highness then consented to enter the aircraft's cockpit.
The ceremony concluded with a group photo session,
followed by Royal Hi-Tea at
Bilik Merbuk
and signing of the Royal Parchment prior to His Royal Highness's departure.
The arrival of the third and fourth aircraft, designated 'TUDB 504' and 'TUDB 505', completes the RBAirF's Airbus C295MW fleet. This acquisition marks a significant milestone in the modernization of RBAirF, further enhancing its airlift capabilities in support of national and regional missions.
The first two aircraft were delivered on 24 January 2024, in a ceremony graced by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.
The aircraft was subsequently introduced into service on 14 February 2024, in the Introduction to Service Ceremony officiated by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, during which His Majesty personally piloted the aircraft.
Since entering service, the Airbus C295MW fleet has logged 518 flights across eight Southeast Asian countries. Notable deployments include Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) missions to the Republic of the Philippines following Typhoon Trami in 2024 and to the Republic of the Union of Myanmar in 2025. The aircraft also supported VIP transport missions, with operational reach extending as far as Timor-Leste.












TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MELENGKAPKAN BARISAN PENGANGKUTAN UDARA
DENGAN UPACARA KETIBAAN DUA PESAWAT
AIRBUS C295MW
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 20 April 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Upacara Ketibaan Dua Buah Pesawat Airbus C295MW terakhir bagi Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pusat Pergerakan Udara dijunjung oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-pegawai Kanan ABDB.
Upacara dimulakan dengan menyaksikan penghormatan tradisi
"Water Salute" sebaik sahaja pesawat memasuki Apron Tentera, diiringi dengan laungan Selawat sebagai tanda kesyukuran atas ketibaan pesawat yang selamat. Kedua-dua buah pesawat tersebut telah menamatkan penerbangan feri selama tujuh hari dari fasiliti pembekal bermula pada 14 April 2026.
Upacara diteruskan dengan bacaan Doa Selamat, yang dipimpin oleh Yang Mulia Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Hj Samah, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan tinjauan pesawat yang baru tiba oleh Duli Yang Teramat Mulia dan seterusnya disembah kenalkan kepada kru yang terlibat dalam penghantaran pesawat berkenaan. Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan masuk ke dalam
cockpit pesawat.
Upacara diakhiri dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan Majlis Santap Petang di Bilik Merbuk dan penandatanganan Lembaran Keberangkatan sebelum berangkat meninggalkan majlis.
Ketibaan pesawat ketiga dan keempat, masing-masing diberikan designasi 'TUDB 504' dan 'TUDB 505', telah melengkapkan barisan pesawat Airbus C295MW TUDB. Perolehan ini merupakan satu pencapaian penting dalam pemodenan TUDB, sekali gus memperkukuhkan lagi keupayaan pengangkutan udara bagi perlaksanaan misi kebangsaan dan serantau.
Penghantaran awal dua pesawat pertama telah dilaksanakan pada 24 Januari 2024 dalam upacara yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Pesawat tersebut seterusnya diperkenalkan secara rasmi dalam perkhidmatan melalui Upacara Perasmian Perkhidmatan pada 14 Februari 2024, yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di mana Baginda sendiri berkenan menerbangkan pesawat berkenaan.
Sejak memulakan perkhidmatan, pesawat Airbus C295MW TUDB telah mencatatkan 518 penerbangan merentasi lapan buah negara di Asia Tenggara. Antara pengerahan penting termasuk misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) ke Republik Filipina berikutan Taufan Trami pada tahun 2024 dan ke Republik Kesatuan Myanmar pada tahun 2025. Pesawat ini turut melaksanakan misi pengangkutan
VIP dengan jarak operasi meliputi sehingga Timor-Leste.