Skip Ribbon Commands
Skip to main content
PASSING-OUT PARADE CEREMONY FOR MALE RECRUITS OF THE 179TH INTAKE OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES


PENANJONG GARRISON, Friday, 24 April 2026 – A total of 201 male recruits from the 179th Intake of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully completed their Basic Military Training during the Passing-Out Parade Ceremony held at the Parade Square of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison, this morning.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force. Also in attendance were Deputy Service Commanders, Directors, senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence, as well as the families and guardians of the graduating recruits.

The ceremony commenced with the inspection of the parade by the Guest of Honour, followed by the delivery of his speech. In his address, the Guest of Honour extended his congratulations to the 201 male recruits of Intake 179 on their successful completion of their Basic Military Training, while also expressing appreciation to the instructors, as well as the parents and guardians, for their continuous support, encouragement and commitment throughout the training period. He emphasised that the recruits' achievement was the result of perseverance, discipline, resilience and determination cultivated throughout approximately 14 weeks of training.

He emphasized that the completion of basic training represents merely the commencement of the recruits' journey within the RBAF, and that greater responsibilities and challenges await them as they progress in their military careers. He also underscored the importance of upholding discipline, integrity, teamwork, leadership, and the values of Melayu Islam Beraja, while reiterating His Majesty's Titah for a clean, ethical, and principled work culture to safeguard the sovereignty, peace, and prosperity of the nation.

In acknowledgement of exemplary performance during the training period, awards were conferred in various categories. For the 179th Intake Male Recruits, the Overall Best Recruit was awarded to Yang Mulia Recruit Haziman bin Rozie. The award for Best in Military Skills was presented to Yang Mulia Recruit (Udara) Ak Muhammad Akmal Rifa'i bin Pg Muhammad Aqim, while the award for Best in Small Arms Training was received by Yang Mulia Recruit Mohammad Faiz Fikri bin Haji Lamit. The Best in Physical Training award was presented to Yang Mulia Recruit Abdullah Abbas Bin Awg Abdullah.

In addition, the Best Platoon Sergeant Award was awarded to Yang Mulia Leading Hand Md Hamirul Hamiduddin bin Md Hamran, RBN, while the Best Section Commander Award was presented to Yang Mulia Lance Corporal Muhammad Ainul Syafiq bin Jafferi, in recognition of exemplary leadership, professionalism and dedication throughout the course of training.

The ceremony concluded with a recitation of Doa led by Yang Mulia Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).

The Passing-Out Parade Ceremony not only marked the successful completion of Basic Military Training by the recruits but also symbolised their transition into trained members of the RBAF, ready to shoulder the responsibility of safeguarding Brunei Darussalam's peace and sovereignty.










UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI PENGAMBILAN KE-179

PENANJONG GARISON, Jumaat, 24 April 2026 – Seramai 201 rekrut lelaki Pengambilan Ke-179 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan melalui Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison, pagi ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan, serta keluarga dan penjaga para rekrut yang diraikan.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, diikuti dengan penyampaian ucapan rasmi. Dalam ucapannya, Tetamu Kehormat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua 201 Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-179 di atas kejayaan menamatkan Latihan Asas Ketenteraan, di samping menzahirkan penghargaan kepada para jurulatih serta ibu bapa dan penjaga atas sokongan, dorongan dan komitmen berterusan di sepanjang tempoh latihan.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil daripada kecekalan, disiplin, ketahanan dan semangat juang yang telah dipupuk di sepanjang kira-kira 14 minggu latihan. Tetamu Kehormat seterusnya menekankan bahawa tamatnya latihan asas ini hanyalah permulaan kepada perjalanan para rekrut dalam ABDB, dan bahawa mereka akan berhadapan dengan tanggungjawab serta cabaran yang lebih besar apabila melangkah ke peringkat seterusnya dalam kerjaya ketenteraan.

Beliau turut menegaskan kepentingan untuk terus menjunjung disiplin, integriti, semangat bekerjasama, kepimpinan serta nilai-nilai Melayu Islam Beraja, di samping mengulangi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengenai keperluan untuk membudayakan etika kerja yang bersih, beramanah dan berprinsip demi memelihara kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan, beberapa anugerah telah disampaikan dalam kategori masing-masing. Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-179, anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan telah diberikan kepada Yang Mulia Rekrut Haziman bin Rozie. Anugerah Terbaik Kemahiran Ketenteraan telah disampaikan kepada Yang Mulia Rekrut (Udara) Ak Muhammad Akmal Rifa'i bin Pg Muhammad Aqim, manakala Anugerah Terbaik Latihan Senjata Ringan diberikan kepada Yang Mulia Rekrut Mohammad Faiz Fikri bin Haji Lamit. Seterusnya, Anugerah Terbaik Latihan Fizikal telah disampaikan kepada Yang Rekrut Abdullah Abbas Bin Awg. Abdullah.

Selain itu, Anugerah Platun Sarjan Terbaik telah disampaikan kepada Yang Mulia Laskar Kanan Md Hamirul Hamiduddin bin Md Hamran, manakala anugerah Ketua Seksyen Terbaik telah diberikan kepada Yang Mulia Lans Koperal Muhammad Ainul Syafiq bin Jafferi, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, profesionalisme dan komitmen cemerlang sepanjang latihan.

Upacara diakhiri dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).

Upacara Perbarisan Tamat Latihan ini bukan sahaja menandakan kejayaan para rekrut menamatkan Latihan Asas Ketenteraan, malah melambangkan peralihan mereka menjadi anggota ABDB yang terlatih, berdisiplin dan bersedia untuk memikul amanah dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan Negara Brunei Darussalam.


Attachments