BERAKAS GARRISON, Thursday, 30 April 2026 – The Ministry of Defence held the
Jiwa Murni Ceremony, a presentation of contributions for 118 intending haj pilgrims from the Ministry of Defence for 1447H/2026M season. The ceremony took place at
Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
This year's group of intending haj pilgrims comprises 55 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and personnel, accompanied by 42 spouses, as well as 14 civilian officers and staff, accompanied by 7 spouses, both those currently in service and retired.
Present to hand over contributions to the pilgrims was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II;. Meanwhile, contributions to the female pilgrims were presented by Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, spouse of the Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II.
Also present to hand over contributions to the pilgrims were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and Datin; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence and Datin; and Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF and Datin.
The ceremony commenced with the recitation of
Surah Yassin led together by Yang Mulia Major Narulismandy @ Anwar Hadi bin Hj Samah, Acting Director of the RBAF Religious Directorate
(JAMA'AT) and Yang Mulia Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa'. The ceremony also featured a
tazkirah titled
“Perjalanan Menuju Keampunan: Peluang Sekali Seumur Hidup", delivered by Ustaz Mohammad Rif'at Atiyah bin Anwari, Religious Officer from
JAMA'AT.
To seek blessings for the pilgrims' journey to the Holy Land, the ceremony concluded with a
Doa Selamat to seek the protection of Allah Subhanahu wa Ta'ala, ensuring that all affairs for the pilgrims are facilitated and that they may attain a
Mabrur Haj.












MAJLIS JIWA MURNI BAGI BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 1447H/2026M
BERAKAS GARISON, Khamis, 30 April 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Jiwa Murni, iaitu penyampaian sumbangan kepada 118 orang bakal jemaah haji dari Kementerian Pertahanan bagi musim 1447H/2026M. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Pada tahun ini, kumpulan bakal jemaah haji terdiri daripada 55 orang warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berserta 42 pasangan, serta 14 orang kakitangan awam berserta 7 pasangan.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji lelaki ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Manakala, sumbangan kepada bakal jemaah haji wanita telah disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Turut menyampaikan sumbangan ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Datin; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan dan Datin; dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB dan Datin.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin bersama oleh Yang Mulia Mejar Narulismandy @ Anwar Hadi bin Hj Samah, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) dan Yang Mulia Imam Mohamad Khairul Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa'. Majlis tersebut turut diserikan dengan tazkirah bertajuk “Perjalanan Menuju Keampunan: Peluang Sekali Seumur Hidup" yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rif'at Atiyah bin Anwari, Pegawai Ugama dari JAMA'AT.
Bagi memohon keberkatan bagi perjalanan bakal jemaah haji ke Tanah Suci, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. Doa tersebut dipanjatkan bagi memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, agar segala urusan bakal jemaah haji dipermudahkan serta dikurniakan perlindungan dan memperoleh haji yang mabrur.