
ULU TEMBURONG,
Wednesday,
25 March 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) conducted a Search Operation from 19 to 25 March 2026 in the Ulu Temburong River area to assist the Malaysian authorities in locating a Malaysian national who was reported missing near the Brunei Darussalam-Malaysia border on 17 March 2026.
The victim was a member of the Department of Survey and Mapping Malaysia who was carrying out border demarcation works along the border between the two countries.
The operation involved various Brunei Darussalam security agencies, including the Special Task Platoon, Royal Brunei Land Forces; Royal Brunei Air Force (RBAirF), C Company Police Reserves, Royal Brunei Police Force, as well as the Gurkha Security Unit.
After seven days of intensive search efforts, the victim was found deceased in the vicinity of Ulu Temburong River on 25 March 2026..
Following the discovery, the RBAF carried out the recovery operation using the RBAirF helicopter to transport the victim to Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital for post-mortem examination, prior handing over the remains to the Malaysian authorities in Miri, Sarawak.
The operation underscores the continued commitment of the RBAF and relevant security agencies in strengthening regional security cooperation, particularly in the conduct of such operations, while ensuring the safety and well-being of border areas remain safeguarded.

RBAF personnel transporting logistical equipment to the operational area

An RBAirF helicopter conducting search operations

Security agencies monitoring the conduct of the operations
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN OPERASI MENCARI DI SUNGAI ULU TEMBURONG
ULU TEMBURONG,
Rabu,
25 Mac 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah melaksanakan Operasi Mencari bermula pada 19 hingga 25 Mac 2026 di kawasan Sungai Ulu Temburong, bagi membantu pihak berkuasa Malaysia dalam usaha mencari seorang lelaki warga Malaysia yang dilaporkan hilang berhampiran kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam (NBD)-Malaysia pada 17 Mac 2026.
Mangsa merupakan anggota pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang sedang melaksanakan kerja-kerja pengukuran di sempadan antara kedua-dua negara.
Operasi tersebut melibatkan pelbagai agensi keselamatan NBD, termasuk Platun Gerak Khas, Tentera Darat Diraja Brunei; Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB); Pasukan Polis Simpanan C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei, serta Pasukan Sekuriti Gurkha.
Selepas tujuh hari operasi pencarian dilaksanakan, mangsa telah ditemui dalam keadaan meninggal dunia di sekitar kawasan Sungai Ulu Temburong pada 25 Mac 2026.
Susulan penemuan tersebut, ABDB telah melaksanakan proses pengeluaran mangsa menggunakan pesawat helikopter TUDB untuk dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleh (RIPAS) bagi tujuan bedah siasat, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia di Miri, Sarawak.
Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan ABDB bersama agensi-agensi keselamatan dalam memperkukuh kerjasama keselamatan serantau, khususnya dalam perlaksanaan operasi seumpama ini, disamping memastikan keselamatan serta kesejahteraan kawasan sempadan sentiasa terpelihara.