
BOLKIAH GARISON, Friday, 20 March 2026 – The joyous arrival of 1 Syawal 1447 Hijrah / 2026 Masehi, marking the celebration of Hari Raya Aidilfitri, was welcomed with the resounding Takbir Hari Raya echoing across mosques, suraus, and religious halls nationwide in Brunei Darussalam.
The Ministry of Defence also held a
Takbir Hari Raya Aidilfitri event this evening at
Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison, while similar ceremonies were held concurrently at all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) suraus, including at Pulau Baru-Baru Mosque.
Present at Ad-Difa' Surau were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II; Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of RBAF; Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Joint Force Commander; as well as Deputy Services Commanders, Senior leadership, Officers and personnel of the Ministry of Defence.
The event commenced with a congregational
Fardhu Isyak prayer led by Yang Mulia Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison. The event continued with a
Tazkirah titled 'Kelebihan Malam Hari Raya' presented by Yang Mulia Ustaz Mohammad Nur Amin bin Awang Haji Jali, a Religious Teacher from the RBAF Religious Directorate
(JAMA'AT), followed by
Takbir Raya, a special
zikir and concluded with the
Doa 'Allah Peliharakan Sultan' and
Negara Brunei Darussalam led by Yang Berhormat Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II.
Muslims are encouraged to observe the nights of Hari Raya Aidilfitri with acts of devotion in appreciation of the blessings received throughout the month of Ramadan. These include the recitation of
Takbir, performing prayers, offering supplications, and remembering Allah in seeking His mercy and blessings.



Surau Ad-Difa' Bolkiah Garison

Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison

3. Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut

Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn

Surau Al-Quwwah, Bangar Kem

Surau RPD Sungai Akar

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru
KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI 1447 HIJRAH /2026 MASEHI
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 20 Mac 2026 – Ketibaan 1 Syawal 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang penuh kegembiraan, menandakan tibanya Hari Raya Aidilfitri disambut dengan laungan Takbir Hari Raya yang bergema di seluruh masjid, surau dan balai ibadah di seluruh Negara Brunei Darussalam.
Kementerian Pertahanan turut mengadakan majlis Takbir Hari Raya Aidilfitri di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison pada malam ini , manakala acara serupa turut diadakan serentak di kesemua surau Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir di Surau Ad-Difa' ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB; Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman Pemerintah Angkatan Bersama; Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera; Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Mohammad Khairol Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa'. Majlis diteruskan dengan tazkirah bertajuk 'Kelebihan Malam Hari Raya' yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Nur Amin bin Awang Haji Jali, Guru Ugama di Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) diikuti dengan laungan Takbir Raya, bacaan zikir khas dan diakhiri dengan bacaan doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Umat Islam digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya Aidilfitri dengan melakukan amalan ibadah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan sepanjang bulan Ramadan. Antaranya termasuk memperbanyakkan laungan Takbir, menunaikan solat, memanjatkan doa serta berzikir dalam memohon rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.