Skip Ribbon Commands
Skip to main content
TITIAN AMAL PROJECT HANDOVER CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY


MUKIM KOTA BATU, Tuesday, 17 March 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Handover Ceremony for the Titian Amal Project in conjunction with its 64th Anniversary, , as part of its community outreach initiatives. The ceremony took place at Masjid Kampong Pudak, Mukim Kota Batu.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN).

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a Tazkirah delivered by Captain (Udara) Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar. A project briefing was subsequently presented by Lieutenant Commander Mohammad Luqman bin Haji Abd Hamid, RBN, Chairman of the Titian Amal Project for Masjid Kampong Pudak, for RBAF 64th Anniversary.

During the ceremony, the Guest of Honour presented a commemorative memento to Yang Mulia Mohammad Akmal Syahmi bin Shahri, Imam of Masjid Kampong Pudak, marking the official handover of the completed mosque repair works.

The repair works were carried over a periodof six months from 10 September 2025 until 12 March 2026 through a collaborative effort between personnel of the Royal Brunei Navy and the Assault Pioneer Platoon, Second Battalion Royal Brunei Land Forces.

The ceremony marks the third of four Titian Amal Project handovers scheduled nationwide in conjunction with the RBAF 64th Anniversary.

The Titian Amal Project is an annual initiative organised by the RBAF aimed at strengthening community engagement and social responsibility while fostering closer collaboration between the RBAF, local communities and government agencies.










MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TITIAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64

MUKIM KOTA BATU, Selasa, 17 Mac 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Titian Amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB (HUT ABDB) Ke-64, , sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan masyarakat. Majlis tersebut telah berlangsung  di Masjid Kampong Pudak.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian tazkirah oleh Kapten (U) Muhammad Syasuandi @ Muhammad Rushdie bin Haji Abu Bakar. Taklimat projek kemudiannya disampaikan oleh Leftenan Komander Mohammad Luqman bin Haji Abd Hamid, TLDB selaku Pengerusi Projek Titian Amal Masjid Kampong Pudak bagi Sambutan HUT ABDB Ke-64.

Tetamu Kehormat seterusnya menyampaikan cenderamata kenangan kepada Yang Mulia Mohammad Akmal Syahmi bin Shahri, Imam Masjid Kampong Pudak sebagai simbolik penyerahan rasmi kerja-kerja baik pulih masjid yang telah siap dilaksanakan.

Kerja-kerja baik pulih tersebut mula dilaksanakan dalam tempoh enam bulan bermula daripada 10 September 2025 hingga 12 Mac 2026 melalui kerjasama antara anggota TLDB dan Platun Rintis Serangan, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei.

Majlis ini merupakan yang ketiga daripada empat majlis penyerahan Projek Titian Amal yang dijadualkan di seluruh negara bersempena Sambutan HUT ABDB Ke-64.

Projek Titian Amal merupakan inisiatif tahunan ABDB yang bertujuan memperkukuh hubungan antara ABDB dan masyarakat, di samping memupuk semangat kesukarelawanan serta meningkatkan kerjasama dengan komuniti setempat dan agensi kerajaan.​


Attachments