
BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 5 February 2026 - Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), has been awarded the Legion of Merit (Degree of Commander) by the Government of United States of America in recognition of his outstanding contributions to strengthening bilateral defence cooperation between Brunei Darussalam and the United States.
The award presentation ceremony was held at the United States Embassy in Bandar Seri Begawan and was officiated by General Kevin Schneider, Commander of the United States Pacific Air Forces (PACAF).
Introduced in 1942, the Legion of Merit is a military decoration of the United States Armed Forces awarded in recognition of exceptionally meritorious conduct in the performance of outstanding service or achievement. The conferment of this award also represent one of the highest military honours bestowed by the United States upon foreign military officers.
Previously, Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif served as the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) from August 2020 to January 2025. Throughout his tenure, he introduced the first Unmanned Aerial Vehicle (UAV) capability into the RBAF and led the integration with the Royal Brunei Navy (RBN) for maritime launch and recovery capabilities. These initiatives significantly enhanced surveillance capabilities across Brunei Darussalam's national boundaries.
He also played a key role in strengthening defence cooperation with the United States PACAF through participation in the Air Domain Awareness programme. He facilitated the fifth-generation fighter aircraft F-35 and F-22 of the United States recorded their inaugural visits to Brunei Darussalam in 2024. In addition, he introduced the C295MW aircraft, further enhancing the RBAirF's capacity to support regional humanitarian assistance and disaster relief operations, including humanitarian operations deployment to the Republic of the Philippines following Typhoon Kristine in October 2024.
His leadership and dedication have contributed significantly towards strengthening defence relations, particularly in the areas of military capability development, professional exchanges, and regional security cooperation. This award reflects the strong and enduring defence partnership between Brunei Darussalam and the United States,underscoring the mutual commitment of both nations to promoting peace, stability, and security in the Indo-Pacific region.



TIMBALAN PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA ANUGERAH
LEGION OF MERIT
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Februari 2026 - Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menerima anugerah
Legion of Merit (Degree of Commander) daripada Kerajaan Amerika Syarikat sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Bandar Seri Begawan dan disempurnakan oleh Jeneral Kevin Schneider, Pemerintah Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat (Pacific Air Forces – PACAF).
Legion of Merit yang diperkenalkan pada tahun 1942, merupakan pingat ketenteraan Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan dianugerahkan sebagai pengiktirafan terhadap jasa bakti yang amat cemerlang dalam perlaksanaan perkhidmatan atau pencapaian yang luar biasa.. Penganugerahan ini turut melambangkan penghormatan ketenteraan tertinggi yang diberikan kepada pegawai tentera asing oleh Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif telah berkhidmat sebagai Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dari Ogos 2020 hingga Januari 2025. Disepanjang tempoh tersebut, beliau telah memperkenalkan keupayaan pertama Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dalam ABDB dan mengetuai pengintegrasian operasi bersama Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bagi keupayaan pelancaran dan pemulihan di laut. Inisiatif ini telah meningkatkan keupayaan pengawasan di seluruh sempadan Negara Brunei Darussalam.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat melalui penglibatan dalam
Air Domain Awareness. Semasa pemerintahan beliau, pesawat pejuang generasi kelima F-35 dan F-22 Amerika Syarikat telah mencatatkant lawatan julung kalinya ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 2024. Disamping itu, beliau juga turut memperkenalkan pesawat C295MW, sekaligus meningkatkan keupayaan TUDB dalam menyokong misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana di peringkat serantau, termasuk aturgerak operasi kemanusiaan ke Republik Filipina susulan Taufan Kristine pada Oktober 2024.
Kepimpinan dan dedikasi beliau telah menyumbang secara signifikan ke arah memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala dalam aspek pembangunan keupayaan ketenteraan, pertukaran profesional serta kerjasama keselamatan serantau.
Penganugerahan ini mencerminkan hubungan pertahanan yang kukuh dan berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat, serta komitmen bersama kedua-dua negara dalam memelihara keamanan, kestabilan dan keselamatan di rantau Indo-Pasifik.