Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HELD NISFU SYAABAN 1447 HIJRAH CELEBRATION CEREMONY

 

RIMBA, Monday, 2 February 2026 — The Ministry of Defence held a Nisfu Sya'aban 1447 Hijrah Celebration Ceremony simultaneously at all suraus within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camps, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the focal event held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present at the ceremony were 
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF, Acting Commander of the Royal Brunei Air Force, Directors, Senior officers, Officers and personnel of the Ministry of Defence.

Also invited were the Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Transport and Infocommunications, Acting Brunei-Muara District Officer, Penghulu of Mukim Gadong and Village Heads of RPN Rimba.

The ceremony commenced with mass
Maghrib prayer, followed by Sunat Hajat prayer, Doa Selamat and a Special recitation for the well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The ceremony then continued with the recitation of Surah Yassin and doa led by Yang Mulia Imam Awang Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali, Imam of Surau Al-Barakah, which was followed by the recitation of Doa Nisfu Syaaban 1447 Hijrah, and concluded with the mass Isya' prayer.

It has become a common practice in this country to observe the night of Nisfu Sya'aban, which is full of special significance, by reciting
Surah Yassin in mosques, suraus and private homes, with the intention of being granted blessings, while also seeking forgiveness, acceptance, and protection from Allah Subahanahu wa Ta'ala.

 



Surau Al- Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba


Surau Ad Difa, Bolkiah Garison​


Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison


Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei


Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison


Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2BN


Surau Al-Quwwah, Bangar Kem


​Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut


Masjid Kampong Pulau Baru-Baru


Surau Rejiman Pegawal Diraja, Sungai Akar


Surau Rejiman Pegawal Diraja, Sungai Akar


Surau Asy-syuhada, Perkhemahan Tanah Jambu​



MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYAABAN 1447 HIJRAH PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

RIMBA, Isnin, 2 Februari 2026 - Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Syaaban 1447 Hijrah turut dilaksanakan secara serentak di kesemua surau Perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan majlis tumpuan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB, Pemangku Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Penghulu Mukim Gadong dan Ketua-Ketua Kampong RPN Rimba.

Majlis dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Sunat Hajat, bacaan Doa Selamat dan Doa Kesyukuran Khas bagi memohon kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yassin sebanyak tiga kali beserta doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali, Imam Surau Al-Barakah, dan diakhiri dengan solat Fardu Isya' berjemaah.

Adalah menjadi amalan di negara ini dalam menghidupkan malam Nisfu Sya'aban yang penuh keistimewaan dengan bacaan Surah Yassin di masjid, surau serta rumah persendirian dengan niat untuk dikurniakan keberkatan disamping memohon keampunan, keredhaan serta perlindungan dari Allah Subahanahu wa Ta'ala.​


Attachments