
CHANGI, REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 3 February 2026 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary Ministry of Defence, attended the 10th Edition of the Singapore Airshow held from 2 to 4 February 2026 at the Changi Exhibition Centre, Republic of Singapore.
The 10th Edition Singapore Airshow 2026 is Asia's leading aerospace and defence exhibition, bringing together governments, armed forces, and industry leaders to showcase the latest technologies and capabilities. The event was officially officiated by His Excellency Gan Kim Yong, Deputy Prime Minister and Minister for Trade and Industry of the Republic of Singapore.
During the event, the delegations toured the exhibition booths and engaged with international defence and aerospace companies to gain insights into emerging technologies and explore potential areas of collaboration. These engagements supported the Royal Brunei Armed Forces' ongoing modernisation initiatives and long-term capability development, particularly in enhancing operational readiness, interoperability, and sustainability.
The Commander of the RBAF also met with His Excellency Vice Admiral Dato Paduka Seri Aaron Beng, Chief of Defence Force of the Singapore Armed Forces (SAF), to discuss the way forward in bilateral defence cooperation, including defence engagement programmes in conjunction with the Golden Jubilee of defence relations between the RBAF and the SAF.
This event further provided opportunities for professional networking and discussions with regional counterparts and defence industry representatives, thereby strengthening defence relations and international cooperation. This participation reflects the Ministry of Defence's continued commitment to remain a dynamic, credible, and highly ready organisation in safeguarding the nation's security and interests.







KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI THE SINGAPORE AIRSHOW 2026 EDISI KE-10
CHANGI, REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 3 Februari 2026 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, telah menghadiri
The
Singapore Airshow 2026 Edisi Ke-10 yang berlangsung pada 2 hingga 4 Februari 2026 di
Changi Exhibition Centre, Republik Singapura.
The Singapore Airshow 2020 Edisi Ke-10 ini adalah merupakan satu pameran aeroangkasa dan pertahanan terkemuka di Asia yang menghimpunkan kerajaan, angkatan bersenjata serta peneraju industri bagi mempamerkan teknologi dan keupayaan terkini. Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri, Republik Singapura.
Sepanjang acara tersebut, delegasi-delegasi telah melawat ruang-ruang pameran serta mengadakan sesi interaksi bersama syarikat-syarikat pertahanan dan aeroangkasa antarabangsa bagi mendapatkan pendedahan mengenai teknologi baharu serta meneroka potensi bidang kerjasama. Penglibatan ini menyokong usaha pemodenan ABDB secara berterusan serta pembangunan keupayaan jangka panjang, khususnya dalam meningkatkan kesiapsiagaan operasi, interoperabiliti dan kemampanan.
Pemerintah ABDB juga berkesempatan untuk bersemuka dengan Tuan Yang Terutama Vice Admiral Dato Paduka Seri Aaron Beng, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) bagi membincangkan hala tuju dan kerjasama antara kedua-dua angkatan bersenjata, termasuk program-program hubungan pertahanan sempena Sambutan Jubli Emas Hubungan Pertahanan di Antara ABDB dan ABRS.
Acara ini turut membuka peluang rangkaian profesional dan perbincangan bersama rakan sejawat serantau serta wakil industri pertahanan, sekaligus memperkukuh hubungan pertahanan dan kerjasama antarabangsa, di samping mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan untuk memastikan ianya akan terus menjadi sebuah organisasi pertahanan yang dinamik, berwibawa dan sentiasa bersedia dalam memelihara keselamatan serta kepentingan negara.