Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SER : 03/ 2026 - MEDIA STATEMENT - NOTICE ON EXERCISE ALAP-ALAP SERIES X/2025



The Ministry of Defence would like to inform the public that the Royal Brunei Air Force will be conducting EXERCISE ALAP-ALAP SERIES X/2025 from Monday, 9 February to Friday, 13 February 2026, at several selected locations across three districts namely, within the Brunei-Muara District, Tutong District, and Belait District.

 

Throughout the duration of the exercise, members of the public are advised not to be alarmed by the increased movement of military assets and personnel through both land routes and airspace. In this regard, affected road users are advised to use alternative  routes to ensure smooth traffic flow and the safety of all parties. The use of simulated explosives and the sound of gunfire will take place in the vicinity of the exercise locations.

 

Members of the public are also strictly prohibited from approaching, entering, or remaining within the exercise areas in order to prevent any undesirable incidents, thereby  ensuring public safety is continuously safeguarded.

 

At the same time, the Ministry of Defence emphasizes that no photographs or video recordings pertaining to this exercise are to be taken or disseminated on any social media platforms, in order to preserve the security, confidentiality and integrity of the exercise's execution. Any dissemination of unverified or false information constitutes an offence under Section 34 of the Public Order Act, Chapter 148 – Dissemination of False Report.

 

Lastly, the Ministry of Defence extends its utmost appreciation and gratitude for the cooperation and support of the public in ensuring the successful conduct of this exercise.




BIL : 03/2026 - KENYATAAN MEDIA
MAKLUMAN EKSESAIS ALAP-ALAP SIRI X/2025

Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Tentera Udara Diraja Brunei akan melaksanakan EKSESAIS ALAP-ALAP SIRI X/2025 bermula hari Isnin, 9 Februari hingga hari Jumaat, 13 Februari 2026, bertempat di beberapa kawasan terpilih di tiga daerah iaitu meliputi Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait.

 

Sepanjang tempoh eksesais ini, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berasa cemas dengan peningkatan pergerakan aset-aset dan anggota tentera yang melibatkan penggunaan laluan darat serta ruang udara. Sehubungan dengan itu, para pengguna jalanraya yang dijangka terkesan adalah disarankan untuk menggunakan laluan alternatif demi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak. Penggunaan simulasi bahan letupan dan bunyi tembakan juga akan dilaksanakan di kawasan berhampiran lokasi eksesais.

 

Orang ramai juga dilarang keras untuk menghampiri, memasuki atau berada di kawasan eksesais bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, sekaligus memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

 

Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut menegaskan agar tiada sebarang gambar atau rakaman video berkaitan eksesais ini diambil atau disebarkan melalui mana-mana platform media sosial bagi memelihara aspek keselamatan, kerahsiaan serta integriti pelaksanaan eksesais berkenaan. Sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih adalah merupakan satu kesalahan di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 – Penyebaran Maklumat Palsu.

 

Akhir sekali, Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas kerjasama dan sokongan orang ramai dalam menjayakan pelaksanaan eksesais ini.


Attachments