
BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 5
February 2026 – In conjunction with the Golden Jubilee Anniversary of the Special Forces Regiment, Royal Brunei Armed Forces (SFR RBAF), a recitation of Surah Yassin and Tahlil function for the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and for His Majesty's late son Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji 'Abdul 'Azim. The event was held at the Royal Mausoleum, Jalan Tutong this morning.
Present at the function was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, members of the RBAF Executive Committee and personnel of the SFR RBAF.
The function commenced with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by the Doa Allah Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.
This function formed part of a series of activities held in conjunction with the Golden Jubilee Anniversary of SFR RBAF, which will be commemorated on 12 February 2026, with the main celebration event scheduled to take place on 19 August 2026.


REJIMEN PASUKAN KHAS MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI EMAS REJIMEN PASUKAN KHAS
BANDAR SERI BEGAWAN,
Khamis,
5 Februari 2026 – Bersempena Ulang Tahun Jubli Emas Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RPK ABDB), RPK ABDB telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus buat ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong pagi tadi.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan warga RPK ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada rangkaian aktiviti Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Emas RPK ABDB yang akan diraikan pada 12 Februari 2026, dengan acara kemuncak dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2026.