Skip Ribbon Commands
Skip to main content
COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES ATTENDS THAILAND SECURITY DIALOGUE 2025 IN BANGKOK, THAILAND


BANGKOK, THAILAND, Saturday, 30 August 2025 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), attended the Thailand Security Dialogue 2025 from 29 to 31 August at the Athenee Hotel in Bangkok.


The dialogue was hosted by the National Defence Studies Institute (NDSI), Royal Thai Armed Forces, which brought together around 300 participants, including defence and security experts, policymakers, academics, and representatives from international organisations, government agencies, and the private sector.


Distinguished panelists alongside the Commander of the RBAF, included the Chief of Defence Forces Royal Thai Armed Forces, Chief of the Defence Staff Canadian Armed Forces, Chief of the Defence Force Malaysian Armed Forces, and Ambassador Sihasak Phuangketkeow (former Permanent Secretary of the Ministry of Foreign Affairs of Thailand, former Leader of the Thai delegation to the ASEAN Senior Officials’ Meeting, and former President of the UN Human Rights Council).


With the theme “Peace and Security in a Global Disruption”, the dialogue addressed the growing challenges of global instability. Discussions focused on geopolitical shifts, strategies to counter emerging threats, and Thailand’s leadership role in promoting regional peace and stability.


During the Second Plenary on “ASEAN and Evolving Regional Security Dynamics”, the RBAF Commander underscored ASEAN’s pivotal role in safeguarding regional stability. He stressed the importance of ASEAN unity, adaptability, and forward-looking strategies to ensure that the organisation continues to shape the region’s strategic landscape effectively.


The Thailand Security Dialogue 2025 reaffirmed its role as a premier international platform for addressing security challenges, fostering defence cooperation, and strengthening dialogue among Southeast Asian partners. The event marked another step forward in collective efforts to build lasting peace and stability in the region.










PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI THE THAILAND SECURITY DIALOGUE 2025 DI BANGKOK, THAILAND


BANGKOK, THAILAND, Sabtu, 30 Ogos 2025 – Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menghadiri The Thailand Security Dialogue 2025 bermula dari 29 hingga 31 Ogos 2025 yang diadakan di Hotel Athenee di Bangkok, Thailand.


Dialog tersebut dianjurkan oleh Institut Pengajian Pertahanan Negara (NDSI) Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, dan menghimpunkan kira-kira 300 peserta termasuk pakar pertahanan dan keselamatan, penggubal dasar, ahli akademik, serta wakil daripada organisasi antarabangsa, agensi kerajaan dan sektor swasta.


Selain Pemerintah ABDB, ahli-ahli panel yang turut serta adalah Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Ketua Staf Pertahanan Angkatan Tentera Kanada, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, dan Ambassador Sihasak Phuangketkeow (bekas Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Thailand, bekas Ketua Delegasi Thailand ke ASEAN Senior Officials’ Meeting, dan bekas Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB).


Dengan tema “Peace and Security in a Global Disruption”, dialog ini memberi tumpuan kepada cabaran keselamatan global yang semakin meningkat. Perbincangan menekankan perubahan geopolitik, strategi untuk menangani ancaman baharu, serta peranan kepimpinan Thailand dalam memupuk keamanan dan kestabilan serantau.


Semasa Plenari Kedua yang bertajuk “ASEAN and Evolving Regional Security Dynamics”, Pemerintah ABDB menekankan peranan penting ASEAN dalam memelihara kestabilan serantau. Beliau turut menegaskan kepentingan kesepaduan ASEAN, keupayaan menyesuaikan diri, serta strategi agar ASEAN terus memainkan peranan utama dalam membentuk landskap strategik di rantau ini.


Thailand Security Dialogue 2025 sekali lagi menegaskan peranannya sebagai platform antarabangsa utama dalam membincangkan isu keselamatan global, memperkukuh kerjasama pertahanan, serta meningkatkan dialog dalam kalangan rakan-rakan Asia Tenggara. Acara ini juga menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha bersama ke arah memupuk keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau ini.



Attachments