Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE HOLD THE FIRST KHATAM AL-QURAN EVENT IN CONJUNCTION WITH THE MONTH OF RAMADHAN 1446H


BOLKIAH GARRISON, MONDAY, 10 March 2025  The Ministry of Defence through the Ihya’ Ramadhan Programme, conducted the first Khatam Al-Quran event in conjunction with the holy month of Ramadhan for the year 1446H. The event  was held simultaneously across all Royal Brunei Armed Forces (RBAF) camp suraus including Pulau Baru-Baru Mosque, with the focal event at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison.

Present at Surau Ad-Difa', Bolkiah Garrison for the event was Yang Mulia Colonel (U) Pg Haji Mohd Hasreen bin Pg Haji Ali Hassan, Director of the Directorate of Intelligence, as well as senior officers, officers and personnel of the Ministry of Defence. The event began with a mass Zuhur Prayer led by Yang Mulia Imam Muhd Habib Azizi bin Muhd Ghazali and followed by the Khatam Al-Quran recitation led by Yang Mulia Imam Mohamad Khairul Azmi bin Haji Salleh, Imam of Surau Ad-Difa’. The event then ended with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam by Yang Mulia Lieutenant Pg Muhammad Nur Hafizan bin Pg Hj Hasan from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).


The event marked the first Ramadhan Khatam Al-Quran event out of three Khatam Al-Quran events which will be conducted in the second and third phase of Ramadhan as part of the Ihya’ Ramadhan Programme.



Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison



Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei



Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba



Surau Ar-Rahmah, 3rd Bn Perkhemahan Lumut



Surau Perkhemahan Pengiran Ratna Indera 2Bn



Surau Al-Quwwah, Bangar Kem



Surau Asy Syuhada, Tanah Jambu



Surau RPD Sungai Akar



Masjid Kampong Pulau Baru-Baru



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGANJURKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERTAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1446H

 

BOLKIAH GARISON, ISNIN, 10 Mac 2025  Kementerian Pertahanan melalui Program Ihya’ Ramadhan bagi tahun 1446H disemarakkan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran Pertama yang telah diadakan secara serentak di kesemua surau di perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama diadakan di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison.

Hadir di Surau Ad-Difa'Bolkiah Garison bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Pg Haji Mohd Hasreen bin Pg Haji Ali Hassan, Pengarah Perisikan, serta Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan. Majlis telah dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhor berjemaah yang telah dipimpin oleh Yang Mulia Imam Muhd Habib Azizi bin Muhd Ghazali dan seterusnya bacaan Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Mohamad Khairul Azmi bin Haji Salleh, Imam Surau Ad-Difa’. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Leftenan Pg Muhammad Nur Hafizan bin Pg Hj Hasan dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). 

Majlis tersebut merupakan Khatam Al-Quran Ramadhan yang Pertama dari Tiga Majlis Khatam Al-Quran yang akan disambut pada penggal kedua dan ketiga bulan Ramadhan  ini sebagai salah satu aktiviti Program Ihya’ Ramadhan.​


Attachments