Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE MINISTRY OF DEFENCE PARTICIPATED IN THE NIGHTLY TADARUS AL-QUR’AN FUNCTION DURING RAMADHAN AT ISTANA NURUL IMAN 1446 HIJRAH/2025 MASIHI


​​BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 6 March 2024 - The Ministry of Defence participated in the nightly Tadarus Al-Qur’an function during Ramadhan 1446H at Istana Nurul Iman.


Present to lead the delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Muhd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, senior leadership, officers and personnel from the Ministry of Defence. Joining the Ministry of Defence was a group from Pusat Dakwah Islamiah and Institut Tahfiz Quran Sultan Hj Hassanal Bolkiah. A total of more than 800 people attended the function.


The function began with Mass Isya' Prayer led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al- Hafiz, Imam Tingkat Khas, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Mosque, followed by Sunnat Tarawih Prayer led by Yang Mulia Imam Mohd Aizat bin Haji Ahmad, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. A Tazkirah entitled ‘Fadhilat Surah Al Baqarah Ayat 1-5’ was delivered by Yang Mulia Ustaz Muhammad Salihan Bin Samra, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah. The function then proceeded with Tadarus Al-Qur’an and concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam led by Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al- Hafiz.


 





KEMENTERIAN PERTAHANAN SERTAI MAJLIS TADARUS AL-QUR’AN MALAM-MALAM RAMADHAN DI ISTANA NURUL IMAN 1446 HIJRAH/2025 MASIHI


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Mac 2024 – Kementerian Pertahanan telah menyertai Majlis Tadarus Al-Qur’an malam-malam Ramadhan 1446H di Istana Nurul Iman.


Hadir mengetuai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Muhd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialahYang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai serta warga Kementerian Pertahanan. Juga menyertai bersama Kementerian Pertahanan adalah rombongan daripada Pusat Dakwah Islamiah dan Institut Tahfiz Quran Sultan Hj Hassanal Bolkiah. Secara keseluruhan, seramai lebih dari 800 orang telah menghadiri majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al- Hafiz, Imam Tingkat Khas, Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah dan diikuti dengan Sembahyang Sunnat Terawih dipimpin oleh Imam Mohd Aizat bin Haji Ahmad, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Penyampaian tazkirah yang bertajuk ‘Fadhilat Surah Al Baqarah Ayat 1-5’ telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhammad Salihan Bin Samra, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Qur’an dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dikepalai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al- Hafiz.​


Attachments