Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ATTENDS THE GURKHA RESERVE UNIT GOLDEN JUBILEE CELEBRATION


SUNGAI AKAR CAMP, Thursday, 28 November 2024 - His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today graced the Gurkha Reserve Unit (GRU) Golden Jubilee Celebration that took place at the Parade Ground, Sungai Akar Camp.

 

The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, and Yang Mulia Lieutenant Colonel (Udara) Haji Habil bin Haji Adol, Commandant GRU.


Upon arrival, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was escorted to the Royal Dais to receive the Royal Salute and inspected the Guard of Honour comprising 161 GRU personnel including a joint Pipes and Drums from both PSG and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), led by the Parade Commander, Captain Rabindra Prakash Tulachan. The parade continued with the Guard of Honour march-past, followed by the advance for review order.

 

At the ceremony, His Majesty delivered a Titah in conjunction with the GRU Golden Jubilee Celebration. To bless the ceremony, a Doa was read by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). 

 

His Majesty then proceeded to witness the Arena Performance which featured a Khukri Formation Display, a cultural dance performance of the Federal Democratic Republic of Nepal, and a demonstration by the PSG K-9 Unit.

 

From the Parade Square, His Majesty proceeded to the Gurkha Gallery for its official opening. Upon arrival, His Majesty signed the Inauguration Plaque of the Gurkha Gallery, accompanied by the recitation of blessings upon Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) . His Majesty then continued to view up close the gallery, which showcased the collection of the early history and role of the GRU in Brunei Darussalam since 1974.

 

His Majesty then proceeded to the GRU Officers' Mess for the Royal Luncheon and subsequently consented for the Cake Cutting Ceremony in conjunction with the GRU Golden Jubilee Celebration, accompanied by the recitation of blessings upon Prophet Muhammad SAW by JAMA'AT officers and personnel. 

 

His Majesty also received a Pesambah in the form of a Khukri, a traditional Nepalese short curved sword. The ceremony was then blessed with the recitation of Doa Selamat by the Acting Director of JAMA'AT.

 

His Majesty was then ushered to a Majlis Ramah Mesra with invited guests, GRU personnel and their families, before signing the Royal Parchment and a group photo session with guests and GRU personnel before leaving the ceremony. 

 

The Golden Jubilee Anniversary of GRU was celebrated on 25th February 2024, and to commemorate this historic occasion, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam graciously conferred the GRU Golden Jubilee Medal to all officers and personnel of GRU, including former members of GRU leadership. His Majesty also consented to approve the renaming of GRU to the Gurkha Security Unit (GSU).






















KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA SAMBUTAN ULANG TAHUN JUBLI EMAS PASOKAN SIMPANAN GURKHA 

Perkhemahan Sungai Akar, Khamis, 28 November 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat bercemar duli ke Upacara Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Pasokan Simpanan Gurkha (PSG) yang berlangsung di Padang Kawad, Perkhemahan Sungai Akar.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Mulia Brigedier Jeneral
(Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan Yang Mulia Leftenan Kolonel (Udara) Haji Habil bin Haji Adol, Komandan PSG.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung beredar ke Pentas Diraja dan berkenan menerima Tabik Hormat Diraja, dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 161 anggota PSG, termasuk gabungan Serunai dan Tambur PSG dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), di bawah Pemerintah Perbarisan, Kapten Rabindra Prakash Tulachan. Upacara tersebut kemudian disusuli dengan perbarisan Kawalan Kehormatan berjalan lalu dan diikuti dengan mara kehadapan untuk diperiksa semula.

Semasa Upacara tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Titah bersempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas PSG. Seterusnya bagi memohon keberkatan majlis, bacaan Doa dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya dijunjung bagi menyaksikan Persembahan Arena yang menunjukkan Paparan Corak Khukri, persembahan tarian kebudayaan Republik Demokratik Persekutuan Nepal dan demonstrasi dari Unit Anjing K-9 PSG.

Dari padang kawad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat ke Galeri Gurkha bagi perasmian pembukaan galeri tersebut. Sejurus tiba di galeri, Baginda berkenan menandatangani plak perasmian pembukaan Galeri Gurkha, diiringi dengan bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) . Baginda seterusnya dijunjung beredar ke ruang galeri bagi melihat secara dekat koleksi sejarah awal kewujudan dan peranan PSG di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 1974.  

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian dijunjung berangkat ke Mes Pegawai PSG bagi Majlis Santap Tengahari dan Baginda juga seterusnya berkenan bagi Upacara Pemotongan Kek sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas PSG, yang diiringi dengan bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh pegawai dan anggota JAMA’AT.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menerima Pesambah yang berupa sebilah khukri, iaitu sejenis senjata tradisi kebangsaan Nepal. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pemangku Pengarah JAMA’AT. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung bagi Majlis Ramah Mesra bersama dengan para jemputan, warga dan ahli keluarga anggota PSG sebelum menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan, dan bergambar ramai bersama para jemputan dan warga PSG sebelum berangkat meninggalkan majlis. 

Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas PSG telah jatuh pada 25 Februari 2024, dan bagi memperingati upacara sambutan yang bersejarah pada tahun ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan mengurniakan pingat Jubli Emas PSG kepada semua pegawai dan anggota PSG termasuk mantan-mantan Pemimpin PSG. Baginda juga memperkenankan penukaran nama PSG kepada Pasukan Sekuriti Gurkha. ​


Attachments