Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES A JOINT COURTESY CALL FROM THE HEADS OF MISSION OF BRUNEI DARUSSALAM TO THE REPUBLIC OF INDIA AND KINGDOM OF BELGIUM

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 31 March 2021 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II, received a joint courtesy call from His Excellency Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, High Commissioner of Brunei Darussalam to the Republic of India and His Excellency Haji Adnan bin Haji Mohd Ja’afar, the Ambassador of Brunei Darussalam to the Kingdom of Belgium.

During the call, Yang Berhormat Pehin congratulated Their Excellencies on their new appointments and welcomed the friendly relations between Brunei Darussalam and the Republic of India and the Kingdom of Belgium, including in the fields of defence cooperation.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam presented the Letters of Credence to Their Excellencies on 8 March 2021.



KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI PERTAHANAN KEDUA DARIPADA KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BARU KE REPUBLIK INDIA DAN BELGIUM
 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 31 March 2021 - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan hormat bersama daripada Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik India dan Tuan Yang Terutama Haji Adnan bin Haji Mohd Ja’afar, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Pehin mengucapkan tahniah kepada Ketua-Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam atas pelantikan mereka dan menyambut baik hubungan yang baik di antara Negara Brunei Darussalam bersama Republik India dan Belgium, termasuk dalam bidang kerjasama pertahanan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik pada 8 Mac 2021.


Attachments