Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

236 SQUADRON CONCLUDES FIGHTING IN BUILT-UP AREAS TRAINING 2023

TUTONG, Wednesday, 15 March 2023 – 236 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) concluded the three (3) days of Fighting In Built-Up Areas training at Tutong. The exercise was led by Captain (U) Muhd Arieef bin Haji Osman, the Operation and Training Officer of 236 Squadron.

The training commenced with a refresher course and theory lessons on Fighting In Built-Up Areas. The training builds up to the practical demonstration of room-to-room clearance, section-to-troop-level advanced tactics, and utilizing Night Vision Google for night operations. The training was concluded with a showcase of operational readiness in Urban Operations during the Final Attack Exercise​. Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, the Commanding Officer of the No. 2 Wing present to witness the Final Attack.

The training aims to enhance the level of readiness for Urban Operation of the squadron by providing practical training and strengthening the skills in Fighting In Built-Up Areas. A total of 136 personnel participated in the training, consisting of four (4) troops and headquarters personnel from 236 Squadron.



SKUADRON 236 MENGAKHIRI LATIHAN FIGHTING IN BUILT-UP AREAS BAGI TAHUN 2023

TUTONG, Rabu, 15 Mac 2023 – Skuadron 236, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Latihan Fighting In Built-Up Areas selama 3 hari bermula dari 13 Mac hingga 15 Mac 2023 di Tutong. Latihan ini dikendalikan oleh Kapten (U) Muhd Arieef bin Haji Osman, Pegawai Gerakan dan Latihan Skuadron 236.

Latihan dimulakan dengan ulangkaji pelajaran teori, taktik dan prinsip Operasi Bandar. Latihan diteruskan dengan latihan praktikal dan demonstrasi pemeriksaan bilik ke bilik, taktik berpasukan, dan operasi malam dengan menggunakan alat kelengkapan Night Vision Google. Latihan diakhiri dengan anggota memberi demonstrasi yang memperlihatkan tahap kesiapsiagaan dalam Operasi Bandar semasa Fasa Serangan Akhir. Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2 telah hadir bagi menyaksikan demonstrasi tersebut.

Latihan ini dijalankan bagi mempertingkatkan tahap kesediaan di dalam Operasi Bandar dengan menyediakan peluang untuk memberi latihan, mempraktikkan dan mempertingkatkan kemahiran anggota. Seramai 136 anggota yang terdiri daripada empat (4) terup dan anggota Markas Skuadron 236 menyertai latihan tersebut.