RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 09 January 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a three-day Squadron Sergeant Major (SSM) Workshop aimed at strengthening professional understanding and reinforcing the roles and responsibilities of SSMs in support of command at the tactical level.
As a pioneering workshop, the programme served as a structured platform for newly appointed SSMs to receive guidance on leadership, discipline, and the effective application of the Chain of Command. The workshop emphasised on underscoring the pivotal role of Senior Enlisted Leaders (SEL) in maintaining organisational cohesion, operational discipline, and overall mission effectiveness.
The programme featured a series of multi-level leadership engagements involving Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief of Staff, RBAirF; Major (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Wing Commander of No. 3 Wing, Operations Group; and Warrant Officer 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad, Air Force Sergeant Major (AFSM). The speakers shared professional insights and perspectives on leadership expectations, command support, and the critical responsibilities of SEL in enabling effective operational unity and military discipline.
The conduct of this workshop reflects the RBAirF's continued commitment to developing competent, professional, and resilient SEL as a critical pillar in sustaining operational readiness and achieving mission success.


.jpeg)
BENGKEL SARJAN MEJAR SKUADRON TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 09 Januari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menganjurkan Bengkel Sarjan Mejar Skuadron (SSM) selama tiga hari yang bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman profesional serta memperjelaskan peranan dan tanggungjawab SSM dalam menyokong rangkaian perintah di peringkat taktikal.
Sebagai bengkel perintis, program ini berfungsi sebagai satu inisiatif berstruktur bagi menyediakan platform kepada SSM yang baru dilantik untuk menerima panduan berkaitan kepimpinan, disiplin serta pengaplikasian rangkaian perintah dengan lebih berkesan. Penekanan turut diberikan terhadap peranan penting Pemimpin Kanan lain-lain peringkat (PKLLP) dalam mengekalkan kesepaduan organisasi, disiplin operasi dan keberkesanan misi.
Program ini menampilkan sesi perkongsian pelbagai peringkat kepimpinan yang melibatkan Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf TUDB; Mejar (U) Muhammad Isyhak bin Haji Ismail, Pemerintah Sayap No. 3, Kumpulan Gerakan; serta Pegawai Waran 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad, Sarjan Mejar Tentera Udara (SMTU). Para penceramah telah berkongsi pandangan profesional serta bimbingan berkaitan jangkaan kepimpinan, sokongan kepada pemerintahan dan tanggungjawab utama PKLLP dalam memastikan kesepaduan operasi serta disiplin ketenteraan yang berkesan.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam membangunkan PKLLP yang kompeten, profesional dan berdaya tahan sebagai tonggak penting dalam mengekalkan kesiapsiagaan operasi serta mencapai kejayaan misi.
.jpeg)