KAMPONG BUKIT BERUANG, TUTONG, Friday, 09 January 2026
— With the blessings and
hidayah of
Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Sergeant (Udara) Patra bin Kunchil of the Survival Equipment Flight, 560 Squadron, No. 5 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF), embraced Islam during a Conversion to Islam Ceremony held at Kampong Bukit Beruang, Tutong District.
Present at the ceremony were Yang Mulia Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Berhormat Abdul Aziz bin Hamdan, Member of the Legislative Council and Village Head of Kampong Sengkarai; and Yang Mulia Awang Azman bin Haji Ismail, Village Head of Kampong Bukit Beruang; senior officers from the Ministry of Defence, officers from the Islamic Da'wah Centre, Ministry of Religious Affairs, Ministry of Defence personnel, as well as family members of the newly convert.
The ceremony commenced with the recitation of
Sayyidul Istighfar and
Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of verses from the Holy
Al-Qur'an,
Surah Al-Mu'minun verses 1 to 11, which was read by Private (Udara) Masrur Fu'ad bin Haji Asmat from the Survival Equipment Flight, 560 Squadron, No. 5 Wing, RBAirF.
Subsequently, the recitation of the
Dua Kalimah Syahadah by Sergeant (Udara) Patra, guided by an officer from the Islamic Da'wah Centre, Tutong District. The ceremony was further enlivened with the chanting of
Takbir three times, followed by
Doa Pengislaman recited by Yang Mulia Major Narul Ismandy bin Haji Samaih, Staff Officer Grade 1, RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), and proceeded with
Dikir Marhaban accompanied by the sprinkling of
bunga rampai.
The ceremony concluded with the presentation of mementoes by the Deputy Commander of the RBAF to Sergeant (Udara) Patra, followed by the recitation of
Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam and a group photo session.



MAJLIS PENGISLAMAN ANGGOTA TUDB
KAMPONG BUKIT BERUANG, TUTONG, Jumaat, 09 Januari 2026 — Dengan keberkatan dan hidayah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Sarjan (Udara) Patra bin Kunchil dari
Survival Equipment Flight, Skuadron 560, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah memeluk agama Islam dalam satu Majlis Pengislaman yang diadakan di Kampong Bukit Beruang, Daerah Tutong.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Berhormat Abdul Aziz bin Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Ketua Kampong Sengkarai; Yang Mulia Awang Azman bin Haji Ismail, Ketua Kampong Bukit Beruang; Pegawai-pegawai Kanan daripada Kementerian Pertahanan; Pegawai-pegawai daripada Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama; anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan kaum keluarga saudara baharu berkenaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Mu'minun ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Soldadu (Udara) Masrur Fu'ad bin Haji Asmat daripada
Survival Equipment Flight, Skuadron 560, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, TUDB.
Seterusnya, Sarjan (Udara) Patra telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah yang dibimbing oleh Pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Tutong. Majlis kemudiannya disemarakkan dengan laungan Takbir sebanyak tiga kali, diikuti dengan Doa Pengislaman yang dibacakan oleh Yang Mulia Mejar Narul Ismandy bin Haji Samaih, Pegawai Turus, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diteruskan dengan Dikir Marhaban yang diiringi dengan menabur bunga rampai.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Mulia Timbalan Pemerintah ABDB kepada Sarjan (Udara) Patra, diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta sesi bergambar ramai.
