Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMMANDER RBAirF’S INTRODUCTORY VISIT TO RMAF

​​​KUALA LUMPUR, MALAYSIA Saturday, 10 January 2026 – Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), undertook an Introductory Visit to the Royal Malaysian Air Force (RMAF) from 8 to 10 January 2026. The visit formed part of ongoing bilateral defence engagement and provided an avenue to further strengthen Air Force-to-Air Force cooperation at both the operational and strategic levels.

During the visit, the Commander RBAirF paid a Courtesy Call on General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris RMAF, Chief of Air Force. Discussions focused on reinforcing existing frameworks of cooperation, sustaining professional exchanges, and identifying opportunities for enhanced operational collaboration between the two Air Forces.

As part of the visit programme, the Commander RBAirF was conferred the RMAF Honorary Pilot Wing, reflecting the depth of professional trust and the longstanding institutional ties between the RBAirF and RMAF.

The programme also included an official visit to Jugra Air Base via an AW139 helicopter. At the base, the Commander RBAirF received a briefing on the roles, responsibilities, and organisational structure of the RMAF Special Forces, Pasukan Khas Udara (PASKAU), delivered by Colonel Muhammad Mustafa bin Omar, Commanding Officer of PASKAU. The visit featured an operational demonstration, a static display of specialised capabilities, and an overview of selected training facilities.

The visit concluded with an Official Dinner hosted by General Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris RMAF, Chief of Air Force, at the Wisma Pegawai Angkatan Tentera Malaysia, attended by Senior RMAF leadership.

The Introductory Visit underscored the continued commitment of both Air Forces to Defence Diplomacy, institutional cooperation, and sustained engagement in support of regional security and stability.


LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH TUDB KE TUDM

KUALA LUMPUR, MALAYSIA Sabtu, 10 Januari 2026 – Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah mengadakan Lawatan Pengenalan ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 8 hingga 10 Januari 2026. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada penglibatan pertahanan dua hala yang berterusan serta bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua Tentera Udara di peringkat operasional dan strategik.

Dalam rangka program lawatan tersebut, Pemerintah TUDB telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara. Perbincangan tertumpu kepada pengukuhan rangka kerjasama yang telah sedia ada, kesinambungan pertukaran profesional, serta penerokaan peluang bagi meningkatkan kerjasama operasional antara kedua-dua Tentera Udara.

Seiring dengan lawatan tersebut, Pemerintah TUDB telah dianugerahkan Sayap Penerbangan Kehormat TUDM, yang mencerminkan tahap kepercayaan profesional yang tinggi serta hubungan institusi yang kukuh dan berpanjangan antara TUDB dan TUDM.

Program lawatan turut merangkumi lawatan rasmi ke Pangkalan Udara Jugra dengan menggunakan helikopter AW139. Di pangkalan tersebut, Pemerintah TUDB telah diberikan taklimat mengenai peranan, tanggungjawab dan struktur organisasi Pasukan Khas Udara TUDM (PASKAU) oleh Kolonel Muhammad Mustafa bin Omar, Pegawai Memerintah PASKAU. Lawatan ini turut diserikan dengan demonstrasi operasi, pameran statik keupayaan khusus, serta peninjauan kemudahan latihan terpilih.

Lawatan ini telah diakhiri dengan Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara di Wisma Pegawai Angkatan Tentera Malaysia, yang turut dihadiri oleh Kepimpinan Kanan TUDM.

Lawatan Pengenalan ini melambangkan komitmen berterusan kedua-dua Tentera Udara dalam memperkukuh Diplomasi Pertahanan, kerjasama institusi, dan penglibatan berterusan demi menyokong keselamatan dan kestabilan serantau.​