Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CERTIFICATE PRESENTATION CEREMONY FOR HIGHER NATIONAL TECHNICAL EDUCATION IN AIRCRAFT MAINTENANCE ENGINEERING

​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 27 January 2023 – A Certificate Presentation Ceremony for the Higher National Technical Education Intake 04 & 05 in Aircraft Maintenance Engineering was conducted by 75 Squadron, No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). The graduates consist of 08 personnel from the RBAirF.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of the RBAirF. Also present at the event were Senior Officers, Institute Brunei Technical Education (IBTE) representatives and families of the newly graduated students. The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, RBAirF Religious Teacher, followed by a speech by the Guest of Honour.

The ceremony continued with presentation of certificates. The award for the best overall student performance was awarded to Private (U) Yehezkiel bin A.Ramle of HNTec in Aircraft Maintenance Engineering Intake 04 and Private (U) Muhamad Afiq bin Sutono of HNTec in Aircraft Maintenance Engineering Intake 05.

HNTec in Aircraft Maintenance Engineering is a collaboration between School of Aviation (SOA), IBTE and 75 Squadron, No. 7 Wing, RBAirF. A total of 38 RBAirF personnel have graduated from this course since 2016. The course aims to produce competent technicians with theoretical knowledge and practical skills complemented by hands-on experience to achieve No. 5 Wing, RBAirF requirements in accordance to Training Performance Standard (TPS). It exposes course participants to theory knowledge of aircraft publications, systems and principles of operation & maintenance procedures in order to maintain the aircraft correctly and safely. In addition to this, Bridging Programme is conducted as an additional course after the completion of School of Aviation, IBTE before being posted to No.5 Wing, RBAirF.

The RBAirF would like to congratulate all the graduates and convey appreciation and thanks to the family members as well as instructors for their endless support of all RBAirF personnel.


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN TAMAT KURSUS HIGHER NATIONAL TECHNICAL EDUCATION KEJURUTERAAN PENYELENGARAAN PESAWAT TERBANG

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 27 Januari 2023 – Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Kursus Higher National Technical Education Pengambilan 04 & 05 dalam jurusan Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Terbang telah sempurna dilaksanakan oleh Skuadron 75, Cawangan No. 7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang telah diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Para Pelatih terdiri dari 08 orang pelatih daripada TUDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, jemputan-jemputan yang terdiri daripada wakil IBTE dan keluarga pelatih. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Agama TUDB dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.

Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil dan Penyampaian Penuntut Terbaik Keseluruhan kepada Soldadu (U) Yehezkiel bin A.Ramle dari HNTec Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Terbang Pengambilan Ke-4 dan Soldadu (U) Muhamad Afiq bin Sutono dari HNTec Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Terbang Pengambilan Ke-5.

Kursus HNTec Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Terbang adalah kolaborasi antara School of Aviation(SOA), Institut Pendidikan Teknikal Brunei dengan Skuadron 75, Cawangan No. 7, TUDB. Seramai 38 anggota TUDB telah tamat dari kursus ini semenjak tahun 2016. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menghasilkan teknisyen yang kompeten dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal disertai dengan kemahiran tangan untuk mencapai keperluan Cawangan No. 5, TUDB mengikut garis pandu Training Performance Standard (TPS). Kursus ini mendedahkan peserta-peserta kursus kepada pengetahuan teori, penerbitan pesawat, sistem dan Prinsip Operasi & Prosedur Penyelenggaraan bagi penyelenggaran yang betul dan selamat. Sehubungan dengan ini, Bridging Programme diadakan sebagai kursus tambahan setelah menamatkan pengajian di School of Aviation (SOA), IBTE sebelum mereka ditempatkan di Cawangan No. 5, TUDB.

Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua graduan yang diraikan pada hari ini serta ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga anggota dan jurulatih di atas sokongan yang telah diberikan kepada anggota-anggota TUDB.​