Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KAMATHALI HABBAH PROJECT IN CONJUNCTION WITH THE RBAF 64TH ANNIVERSARY

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 26 February 2026 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) reaffirmed its commitment to RBAF veterans through the Kamathali Habbah Project, part of the RBAF Community Outreach initiative.


The delegation was led by Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief of Staff of the RBAirF. Contributions were delivered personally to the residences of recipients in Kampong Katok ‘A’ and Kampong Jangsak. Accompanying the delegation were representatives from the Veterans Association of Royal Brunei Armed Forces (PERWIRA) namely Warrant Officer (Retired) Suhaini bin Ladis, Sergeant (Retired) Pengiran Haji Yusop bin Pengiran Haji Abd Rahman, and Corporal (Retired) Bujang bin Japar. Their presence underscored the collaborative effort between active leadership and the veteran community in maintaining enduring ties.


The donations, contributed by RBAirF personnel, comprised daily necessities, health supplies, and essential household items. This initiative serves as a gesture of appreciation for the service and sacrifices of retired members while strengthening the bonds of fellowship. Furthermore, the project aims to cultivate a spirit of compassion and social responsibility among personnel.



PROJEK KAMATHALI HABBAH BERSEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-64


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari 2026 – Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-64, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melaksanakan komitmen berterusan terhadap pesara tentera melalui Projek Kamathali Habbah, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Jangkauan Komuniti ABDB.


Rombongan tersebut diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf TUDB. Sumbangan telah disampaikan secara peribadi ke kediaman penerima yang terletak di Kampong Katok ‘A’ dan Kampong Jangsak. Turut menyertai rombongan tersebut ialah wakil-wakil daripada Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) iaitu Pegawai Waran (Bersara) Suhaini bin Ladis, Sarjan (Bersara) Pengiran Haji Yusop bin Pengiran Haji Abd Rahman, dan Korporal (Bersara) Bujang bin Japar. Kehadiran mereka jelas menunjukkan usaha kolaboratif antara kepimpinan aktif dan komuniti veteran dalam memastikan hubungan silaturahim terus terpelihara.


Sumbangan daripada warga TUDB tersebut merangkumi barangan keperluan harian, bekalan kesihatan, dan barangan asas rumah. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para pesara tentera, di samping mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli. Selain itu, projek ini diharap dapat memupuk semangat prihatin dan pemedulian dalam kalangan warga TUDB untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.