Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Chief of Staff of the RBAirF. Also in attendance were Senior Officers, Officers, and personnel.
The ceremony commenced with the
Fardhu Zuhur
prayer in congregation, followed by the recitation of
Al-Quran by the
Khatam participants. The
Takhtim and
Doa Khatam were led by Sergeant Hj Khairul Ariffin bin Rosli,
Penguasa Medan Agama Surau Al-Barakah. The event was further graced with
Dikir Marhaban, before concluding with the presentation of
bunga telur by the Guest of Honour to the participants.
The ceremony reflects the RBAirF’s continued commitment to strengthening Islamic values and fostering spiritual development among its personnel, particularly during the blessed month of Ramadhan.




TUDB MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN KALI PERTAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1447H
SURAU AL-BARAKAH,
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 26 Februari 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an kali pertama bersempena dengan bulan suci Ramadhan 1447H bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya, Ketua Staf TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan anggota TUDB serta para peserta khatam.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada para peserta khatam. Bacaan Takhtim dan Doa Khatam kemudiannya dipimpin oleh Sarjan Haji Khairul Ariffin bin Rosli,
Penguasa Medan Agama Surau Al-Barakah. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan penyampaian bunga telur oleh Tetamu Kehormat kepada para peserta khatam.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB dalam memperkukuh nilai-nilai Islam dan memupuk pembangunan kerohanian dalam kalangan anggotanya, terutamanya dalam menghayati keberkatan bulan Ramadhan.

