Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

COMPLETION OF STUDENT PILOTS COURSE 61 BASIC AND INTERMEDIATE FIXED WING
CAMDEN, AUSTRALIA, Friday, 27 February 2026 – Six Royal Brunei Air Force (RBAirF) student pilots successfully completed a 10-month Basic and Intermediate Pilot Training Course at Air Combat Australia (ACA) today. 

Throughout the course, the pilots accumulated 150 flying hours, encompassing basic flight training, emergency procedures, aerobatics, navigation, night flying, instrument flight rules (IFR), and formation flying. The training concluded with a certificate presentation ceremony, attended by Lieutenant Colonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, the Defence Adviser of Brunei Darussalam to Australia. 

The graduates; Lieutenant (U) Ahmad Imanuddin bin Haji Mahyuddin, Lieutenant (U) Dayangku Aznur Nazeeha binti Pengiran Haji Sharifuddin, Lieutenant (U) Muhammad Nur’Ifwat Hisyamuddin bin Haji Osman, Lieutenant (U) Muhammad Hariz bin Haji Ahat, Lieutenant (U) Muhammad Khairul Izzan bin Rolzaman, and Lieutenant (U) Nor’ Adli Zhafri bin Haji Norshamli, successfully attained all required competencies and standards.

This milestone marks a significant stage in their professional development, providing a robust foundation for further training toward eventual operational flying qualifications within the RBAirF.


PENUTUP KURSUS PELATIH JURUTERBANG ASAS DAN PERTENGAHAN SIRI-61

CAMDEN, AUSTRALIA, Jumaat, 27 Februari 2026 – Seramai enam orang Pelatih juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan Kursus Pelatih Juruterbang Asas dan Pertengahan selama 10 bulan yang dikendalikan oleh Air Combat Australia (ACA).

Sepanjang kursus tersebut, para juruterbang telah mencatatkan sebanyak 150 jam penerbangan yang merangkumi latihan penerbangan asas, prosedur kecemasan, aerobatik, eksesais navigasi, penerbangan malam, peraturan penerbangan instrumen, dan penerbangan formasi. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil yang dihadiri oleh Leftenan Kolonel Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Australia.

Pegawai-pegawai yang berjaya menamatkan kursus tersebut ialah Leftenan (U) Ahmad Imanuddin bin Haji Mahyuddin, Leftenan (U) Dayangku Aznur Nazeeha binti Pengiran Haji Sharifuddin, Leftenan (U) Muhammad Nur’Ifwat Hisyamuddin bin Haji Osman, Leftenan (U) Muhammad Hariz bin Haji Ahat, Leftenan (U) Muhammad Khairul Izzan bin Rolzaman, dan Leftenan (U) Nor’ Adli Zhafri bin Haji Norshamli. Kesemua mereka telah mencapai kompetensi dan piawaian yang ditetapkan bagi kursus tersebut.
Pencapaian ini merupakan peringkat penting dalam pembangunan profesional mereka, sekali gus menjadi asas yang kukuh bagi menjalani latihan lanjutan ke arah mencapai kelayakan penerbangan operasi dalam TUDB.