Present at the event was Colonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Deputy Commander of RBAirF, alongside members of the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers and personnel.
The ceremony commenced with congregational
Zohor and
Sunat Hajat prayers, followed by the recitation of
Surah Yassin and a special
Doa for the National Day. The event concluded with the recitation of
Doa
and Selawat Qiam.
The gathering served as an expression of gratitude and patriotism, reinforcing the spirit of unity and collective responsibility among RBAirF personnel in safeguarding the nation’s peace and prosperity.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42
SURAU AL-BARAKAH, PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 23 Februari 2026
– Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-42 di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di semua surau di bawah Kementerian Pertahanan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel (U) Pengiran Hasrul Ariffin bin Pengiran Haji Rosley, Timbalan Pemerintah TUDB, bersama ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, serta anggota-anggota lain.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Zohor dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Khas sempena Hari Kebangsaan. Acara diakhiri dengan bacaan Doa dan Selawat Qiam.
Perhimpunan ini merupakan manifestasi rasa syukur dan semangat patriotisme, di samping memperkukuh semangat perpaduan serta tanggungjawab bersama di kalangan warga TUDB dalam menjaga keamanan dan kemakmuran negara.

