Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROMOTION CEREMONY FOR 18 SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF THE RBAirF


RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 13 January 2023 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a promotion ceremony today for RBAirF Senior Non- Commissioned Officers (SNCOs) that took place at Dewan Punai, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

Present as the Guest of Honor was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. Also present were the RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, and SNCOs.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, the Religious Teacher of RBAirF. The ceremony continued with the presentation of insignias by the Guest of Honour to 18 recipients. The ceremony concluded with a group photo session, a memento presentation, and a Doa Selamat recitation.

The RBAirF would like to congratulate all the SNCOs who were promoted today and would like to convey our appreciation and thanks to the family members for their endless support of all RBAirF personnel.



MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 18 ANGGOTA PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KANAN TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 13 Januari 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) bertempat di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Agama TUDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat kepada 18 anggota PTB-PTB Kanan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai, penyampaian cenderahati dan bacaan Doa Selamat.

Pihak TUDB merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Kanan yang dinaikkan pangkat pada hari ini. TUDB juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga anggota di atas sokongan yang telah diberikan kepada anggota-anggota TUDB.