Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NO. 2 WING RBAirF HELD AN INTER-TROOP PARADE COMPETITION

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 29 September 2022 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an Inter-Troop Parade Competition at the RBAirF Headquarters Parade Ground, Rimba Air Force Base. The 2-days competition took place from 27 September 2022 until 28 September 2022 consists of 04 teams, Combined Troop (Headquarters No. 2 Wing, 233 Squadron and 520 Squadron), 238 Squadron, 236 Squadron A and 236 Squadron B.

Present as the Guest of Honor during the closing and prize presentation ceremony was Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, the Commanding Officer of No. 2 Wing. Also present were Officers and invited personnel from RBAirF and Royal Brunei Land Force (RBLF).

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, religious teacher of RBAirF. The ceremony then continued with Certificate Presentation for the judges and a prize presentation presented by the Guest of Honor. The overall Champion for this competition was 236 Squadron B, followed with 238 Squadron as the first runner-up and the Combined Troop was placed in third. Lieutenant (U) Ahmad Abdurrahiim Haji Jalbah Zulaini won the Best Parade Officer and the Best Troop Sergeant won by Sergeant (U) Awang Abdul Hakim bin Haji Awang Asli.

This competition consisted of 03 Phases which included The Clothing Inspection Phase, The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) General Knowledge and The Parade itself. The aim of this competition is to improve the quality of the Parade in addition to displaying good discipline as well as instill cooperation in marching as a group or as an individual.






CAWANGAN NO. 2, KUMPULAN GERAKAN, TUDB TELAH MENGADAKAN PERLAWANAN KAWAD ANTARA TERUP

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 29 September 2022– Cawangan No.2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Perlawanan Kawad Antara Terup di Padang Kawad Markas TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Pelawanan 02 hari tersebut dikendalikan dari 27 September 2022 hingga 28 September 2022, yang mana 04 pasukan terdiri Terup Gabungan (Markas Cawangan No.2, Skuadron 233 dan Skuadron 520), Skuadron 238, Skuadron 236 A dan Skuadron 236 B telah bertanding.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis penutup dan penyampaian pemenang ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No.2, TUDB. Turut hadir bersama ialah Pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada TUDB dan TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil kepada Wasit-wasit perlawanan dan kemudian penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Johan keseluruhan bagi perlawanan ini telah diraih oleh Skuadron 236 B, manakala Skuadron 238 menyandang tempat kedua dan Terup Gabungan berada di tempat ketiga. Kategori Pegawai Perbarisan Terbaik dan Terup Sarjan Terbaik juga dipertandingkan dimana pemenang bagi kategori tersebut adalah Leftenan (U) Ahmad Abdurrahiim Haji Jalbah Zulaini dan Sarjan Awang Abdul Hakim bin Haji Awang Asli.

Perlawanan Kawad Terup mengandungi 3 Fasa iaitu Fasa Pemeriksaan Pakaian, Pengetahuan Am Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Kawad. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu Kawad disamping mempamerkan disiplin kawad-kawad yang betul sekaligus memupuk kerjasama didalam berkawad sebagai satu kumpulan mahupun perseorangan.