Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF ATTENDS PACIFIC AIR CHIEFS CONFERENCE (PAC)

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 20 January 2022 – The Royal Brunei Air Force attended the virtual Pacific Air Chiefs hosted by General Kenneth 'Cruiser' Wilsbach, Commander U.S. Pacific Air Forces. Representing the RBAirF was Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, the RBAirF Deputy Commander. Also in attendance were Acting Commander Support Group, the RBAirF Chief of Staff and SO2 Intelligence and Security, RBAirF Headquarters.

The main agenda for this edition of PAC was Distributed Logistics. Air Chiefs and representatives from a total of 25 countries convened in the virtual teleconference that saw 12 countries delivering presentations on their experiences and suggestions in improving interoperability, logistics networking and also command and control in enhancing regional stability. In addition, the concept of multi-skilled airmen was also discussed in efforts to mitigate logistical challenges in contemporary operations.

PAC is an annual conference hosted by the U.S. Pacific Air Forces where Air Forces from the Pacific region would convene and discuss on bilateral and multilateral defence and security matters in efforts to maintain the security and stability of the region from an air force perspective as well as explore avenues of opportunities with partner nations on various aspects of cooperation.


TUDB MENGHADIRI PERSIDANGAN PACIFIC AIR CHIEFS (PAC)

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 20 Januari 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei telah menghadiri Persidangan Pacific Air Chiefs (PAC) yang dikendalikan secara maya dan dipengerusikan oleh Jeneral Kenneth 'Cruiser' Wilsbach, Pemerintah Tentera Udara Pasifik, Amerika Syarikat. Mewakili TUDB adalah Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir adalah Pemangku Pemerintah Kumpulan Bantu, Ketua Staf TUDB dan Timbalan Pegawai Turus Perisikan dan Keselamatan, Markas TUDB.

Agenda utama bagi edisi PAC kali ini adalah Distributed Logistics. Pemerintah-pemerintah serta wakil-wakil Tentera Udara dari 25 buah negara yang bersidang secara maya dan menyaksikan 12 buah negara menyampaikan pembentangan mengenai pengalaman serta cadangan mereka dalam memperbaiki kebolehoperasian, rangkaian logistik serta perintah dan kawalan dalam mempertingkatkan kestabilan serantau. Turut dibincangkan adalah konsep anggota tentera udara yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk menangani cabaran logistik dalam operasi kontemporari.

PAC merupakan persidangan tahunan yang dihoskan oleh Tentera Udara Pasifik Amerika Syarikat dimana pemerintah serta perwakilan tentera udara dari rantau pasifik bersidang untuk membincangkan hal dua hala dan pelbagai hala dalam isu sekuriti dan pertahanan dari perspektif udara serta menerokai peluang-peluang kerjasama dengan Angkatan sahabat dari pelbagai aspek.